SHAH ALAM: Aduan bau busuk di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur membawa kepada penemuan berpuluh rangka, cebisan organ dan daging kisar disyaki akibat kes kezaliman kucing, pada 11 Mac lalu.
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, awalnya beberapa jiran mengadu tidak tahan dengan bau busuk dari rumah sewa yang dihuni seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun menyebabkan pemilik rumah membuat pemeriksaan.
Menurutnya, pemilik rumah bagaimanapun terkejut dengan penemuan bangkai, rangka dan anggota haiwan itu dalam keadaan tidak cukup sifat.
"Selain daging kisar di dalam baldi dan peti ais, terdapat sebuah bilik turut dipenuhi bangkai haiwan yang telah lama mereput," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Lebih menyedihkan katanya, apabila laporan polis yang dibuat oleh pemilik premis tidak dilayan dengan alasan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat siasatan dan penguatkuasaan
Jelas Arie Dwi, pihak polis sebenarnya mempunyai kuasa membantu mencegah segala kekejaman haiwan itu kerana ada undang-undang diperuntukkan bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Tambah beliau, disebabkan tiada tindakan daripada pihak berkuasa, akhirnya aduan itu disampaikan kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.
Justeru, beliau berharap Persatuan Haiwan-Haiwan Malaysia menuntut agar kezaliman tersebut diheret ke mahkamah dan didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 25 2023
Tulang kucing dijumpai dalam bekas putih dan ruangan bilik. - Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Bau busuk bongkar penemuan berpuluh rangka, organ kucing
Pemilik rumah membuat pemeriksaan apabila jiran mengadu tidak tahan dengan bau busuk dari unit yang dihuni seorang lelaki berusia 31 tahun.