awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bau busuk: JAS pasang alat pengawasan kualiti udara

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2021
03:00 MYT
Bau busuk: JAS pasang alat pengawasan kualiti udara
JAS Terengganu memasang alat pengawasan kualiti udara dalam kawasan Masjid Hadhari Paka, Dungun pada petang Ahad. -Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu bertindak memasang alat pengawasan kualiti udara dalam kawasan Masjid Hadhari Paka, Dungun pada petang Ahad.
Pengarahnya, Ramli Abd Rahman berkata, alat itu dipasang bagi mengesan kandungan gas dalam udara susulan aduan bau busuk daripada penduduk taman perumahan berdekatan Kawasan Perindustrian Kertih.
"Kita ada terima aduan daripada penduduk di taman perumahan mengenai bau busuk di kawasan mereka dan peralatan ini berfungsi bagi mengesan kandungan gas dalam udara.
"Ia dipasang untuk memastikan gas apakah yang berbau busuk itu sebagaimana aduan penduduk," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut beliau, Unit Pengawasan JAS memasang peralatan tersebut selama 24 jam di lokasi yang sesuai dan pengawasan kualiti udara berkenaan akan ditamatkan jam 4.30 petang pada 14 Jun.
"Data bacaan kandungan gas dalam udara dapat dilihat sepanjang tempoh 24 jam alat dipasang," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Bau busuk: JAS pasang alat pengawasan kualiti udara
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#bau busuk
#alat pengawasan kualiti udara
#Masjid Hadhari Paka
#Ramli Abd Rahman
#Unit Pengawasan JAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan