Sekumpulan penduduk yang berkawal di sekitar rumah mangsa serangan didakwa orang minyak di Kampung Pengkalan Demit, semalam, terhidu bau tengik hingga mereka terbatuk-batuk.
Seorang penduduk, Mohd Fairuz Ab Rashid, 33, berkata, bau busuk itu dihidu kira-kira jam 12 tengah malam dan dipercayai datang dari arah bawah rumah mangsa, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17 tahun.
“Ada penduduk yang terbatuk-batuk termasuk saya sendiri akibat bau kuat tersebut. Kami cari di bawah rumah, namun tak jumpa apa-apa,” katanya.
Mohd Fairuz berkata, dia baru sahaja berpindah rumah yang terletak berhampiran rumah mangsa pada 5 Mac lalu.
“Saya kerja di sebuah pasar raya dan akan turun bersama orang kampung mengawal keadaan pada jam 11 malam sehingga Subuh. Sudah sebulan saya tidak dapat tidur lena sebab perkara ini.
“Saya sendiri pun buntu memikirkan perkara ini sama ada hendak percaya atau tidak, tetapi inilah yang berlaku pada kami penduduk di kampung ini,” katanya.
Ketika bau busuk tersebut timbul, Anis Ashira yang berada di dalam rumah dikatakan menjadi gelisah dan kembali trauma hingga terpaksa ditenangkan oleh ibunya, Tengku Hasnah Tengku Yusof, 43, yang baru pulang kerana tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur.
Sementara itu, bapa mangsa, Kamarulzaman Mat Yunus, 44, berkata, dia percaya kejadian orang minyak yang mengganggu penduduk sejak sebulan lalu adalah ‘ditujukan’ kepada anak gadisnya.
“Kalau ikutkan pandangan pengamal perubatan yang membantu kami, gangguan ini ditujukan kepada Anis Ashira, namun kami tidak mahu menuding jari pada mana-mana pihak.
“Perbuatan khianat dengan membaling batu ke rumah jiran juga untuk alihkan perhatian penduduk yang membuat rondaan sebelum ini, malah kami juga jumpa kesan minyak di sekeliling rumah,” katanya.
Kelmarin, Nik Anis Ashira menjadi mangsa serangan lelaki didakwa orang minyak ketika menjemur pakaian di belakang rumahnya.
Mangsa dikatakan dicekik dan diheret masuk ke dalam rumah sebelum diikat sehingga sesak nafas.
Ketika kejadian, mangsa memberitahu dia tidak dapat berfikir dan seolah-olah dipukau sebelum menyedari kelibat lelaki melompat keluar melalui tingkap dapur.
Sinar Harian
Tue Apr 03 2018
Penduduk Kampung Pengkalan Demit dakwa menghidu bau tengik di bawah rumah mangsa serangan 'orang minyak' - Foto Sinar Harian
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Seramai 433 mangsa daripada 123 keluarga kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat
Setakat jam 6 pagi Rabu, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.
Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.
Banjir: Terengganu kembali pulih dengan semua PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri lain catat sedikit peningkatan ke 10,636 orang setakat jam 9 pagi Sabtu.
Banjir: Situasi makin pulih di tujuh negeri
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.
NGO disaran bersikap empati terhadap mangsa banjir
Bantuan PFA penting untuk diberikan kepada kerana mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari sudut psikologi.
Banjir: Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Sebanyak 120 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.
Mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan
Setakat 6 pagi Selasa, sejumlah 94,619 mangsa masih berada di 406 pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 138,042 setakat 6 pagi hari ini
Sebanyak 41,605 keluarga ditempatkan di 641 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri.