BERA: Mangsa banjir di seluruh negara akan menerima dua sumbangan berbentuk baucar bernilai RM1,500 dan wang tunai RM2,500 mulai esok, kata Perdana Menteri.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sumbangan itu adalah tambahan daripada Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang diagihkan sebelum ini.
Sementara baucar yang ditawarkan pula, kata Ismail Sabri ialah, baucar membaiki kenderaan bernilai RM1,000 dan RM500 lagi bagi pembelian barangan elektrik yang akan diagihkan secara berperingkat di setiap negeri yang terlibat.
"Bantuan baucar dan wang tunai ini akan diagihkan bermula esok. Wang tunai ini akan diagihkan melalui tiga kaedah, sama ada hantar ke rumah mangsa atau kumpulkan mereka atau disalurkan melalui akaun bank masing-masing.
"Pihak Pejabat Daerah dan Tanah di setiap negeri akan menyelaraskan perkara ini termasuk menyenaraikan nama-nama bengkel dan kedai elektrik berdekatan bagi memudahkan mangsa banjir untuk tebus baucar," katanya dalam sidang media selepas Program Penyampaian Bantuan Wang Ihsan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman.
Pada majlis itu, seramai 478 penerima menerima sumbangan wang ihsan sebanyak RM1,500 daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk memberikan bantuan wang tunai tersebut bagi memudahkan mangsa banjir membeli sendiri keperluan barangan asas yang rosak.
"Saya difahamkan, ada syarikat-syarikat, badan korporat termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) banyak juga yang menyumbang barangan elektrik kepada mereka ini. Jadi, kerajaan memutuskan untuk memberikan wang tunai supaya mereka boleh beli barangan apa yang diperlukan.
"Terpulanglah kepada mereka untuk beli apa yang mereka perlukan. Kita cuma bantu mengurangkan beban yang ditanggung mereka," kata beliau lagi.
Sementara itu, bagi pengagihan BWI untuk bencana banjir gelombang pertama, seramai 51, 532 ketua isi rumah (KIR) daripada 54, 678 KIR telah menerimanya sejak dilaksanakan bulan lalu.
Manakala, seramai 42 daripada 3,790 KIR telah menerima BWI bagi gelombang kedua baru-baru ini.
Azizah Shafiei
Sun Jan 09 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan BWI kepada penerima, Kimah Sidi pada Penyampaian Bantuan Wang Ihsan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, hari ini. - Gambar Astro AWANI
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.