Bernama
Wed Feb 19 2014
KUALA LUMPUR: Dahulu sepinggan nasi campur berlauk ayam atau ikan dan sayur di restoran atau kedai makan dijual pada sekitar harga RM5 sahaja, namun peningkatan harga barangan sejak kebelakangan ini menyebabkan pengguna perlu membayar lebih.
Berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, suka atau tidak pengguna kini kadang kala perlu mengeluarkan belanja hampir RM10 untuk sepinggan nasi campur dengan sejenis lauk dan sayur berserta minuman bagi menikmati satu hidangan lengkap.
Bagi warga kota yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang kos harga makanan begitu tinggi. Pengguna perlu bijak mencari tempat makan yang murah.
Pakej makanan Menu Rakyat 1Malaysia, yang dilancarkan pada Julai 2011, dengan sarapan pagi pada harga RM2 dan makanan tengah hari pada harga RM4 sepakej pula bukannya boleh diperoleh di semua restoran atau kedai makan.
Berhadapan dengan situasi kenaikan harga barang terutamanya makanan, apakah alternatif yang boleh dilakukan oleh pengguna untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan?
BAWA BEKAL SAMBIL BERKREATIF
Bercakap kepada Bernama seorang guru Noor Zariah Yusof, 30, berkata amalan membawa bekal dari rumah merupakan satu kelaziman keluarganya berbanding membeli makanan di luar.
"Selalunya saya akan bangun seawal pukul 4 pagi untuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak dan suami. Selain itu, saya pastikan barang-barang keperluan untuk memasak esok (pagi) telah disediakan.
"Masak sendiri lebih puas hati sebab kita tahu apa yang anak-anak dan suami makan... segala gizi makanan seperti karbohidrat, protein dan vitamin perlu ada dalam makanan yang kita makan," katanya.
Selain kualiti kebersihan makanan lebih terjamin, beliau berkata ia merupakan satu kaedah berkreatif melalui makanan yang dibekalkan kepada keluarga sebagai tanda kasih sayang.
"Kadang-kadang saya ukir bentuk 'love' pada buah epal untuk suami saya manakala untuk anak-anak saya akan bentuk kartun kegemaran masing-masing supaya mereka lebih berselera dan makan sayur.
"Saya memang suka makanan masakan sendiri misalnya sosej dan burger malah kebanyakan resipi ini saya peroleh daripada Internet dan buku resipi yang dibeli di pasaran," kata Noor Zariah, yang gemar memasak dan membaca.
JIMAT DAN SIHAT
Turut berkongsi pengalaman Maziah Ahmad, 28, berkata amalan membawa bekal ke tempat kerja mampu menjimatkan masa dan mendidik individu berkenaan mengurus perbelanjaan secara berhemah.
"Saya memang bawa bekal ke pejabat, untuk suami juga saya buatkan sekali. Memang jimat... kalau tidak belanja makan tengah hari sahaja perlu kira-kira RM15, ini sangat mahal.
"Tambahan pula masa untuk makan tengah hari tidak lama cuma sejam sahaja jadi kalau keluar untuk membeli makanan perlu mengambil masa lama. Bawa bekal senang, kerja banyak pun kita masih boleh makan dan sempat solat," katanya.
Gadis kelahiran Georgetown, Pulau Pinang, yang lebih mesra dengan panggilan Maya, berkata di samping menjimatkan masa, individu itu juga mampu mengamalkan pemakanan sihat khususnya bagi mereka yang ingin berdiet.
"Kadang-kadang kita memilih makanan mengikut nafsu tanpa menyedari makanan itu berkolestrol tinggi. Apabila kita bawa bekal pasti kita memilih makanan yang kurang berminyak dan lebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan," katanya.
BUKAN ALASAN BAGI LELAKI BUJANG
Pendapat sama disuarakan seorang pengamal media, Fairoz Azizan, 32, yang berkata kebiasaannya makanan dijual mengandungi monosodium glutamat (MSG) yang boleh menjejaskan kesihatan untuk tempoh jangka panjang.
"Memasak sendiri makanan... kita boleh tahu makanan yang kita makan itu berkhasiat atau tidak. Kita juga boleh mengawal kandungan bahan dalam makanan dan apa yang patut dikurangkan seperti garam dan gula.
"Selalunya saya akan memilih teknik memasak stim atau memanggang, itu paling mudah dan cepat," kata Fairoz, yang gemar berkongsi menu bersama rakan-rakan sekerja.
Beliau berkata walaupun masih belum berkeluarga tiada alasan bagi lelaki bujang untuk tidak membawa bekal ke pejabat kerana ia adalah perkara mudah dan tidak membebankan.
Katanya secara tidak langsung amalan membawa bekal ini bukan hanya memberi peluang untuk berjimat cermat sebaliknya mendidik masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat. --- Oleh Nur Aimidayana Zuher
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Bekal by Foodpanda' ke seluruh negara akhir tahun ini
Satu-satunya kumpulan penghantaran makanan yang diiktiraf JAKIM, dijamin halal dari dapur kedai hingga sampai ke tangan pelanggan.
Bawa bekal ke tempat kerja
Berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, suka atau tidak pengguna kini kadang kala perlu mengeluarkan belanja hampir RM10 untuk sepinggan nasi campur.