Rakyat negara ini diharap dapat menyerap semangat Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha menyatukan umat Islam di negara ini.
Penasihat Sosio Budaya kepada Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, usaha Allahyarham Nik Aziz itu sejak sekian lama juga harus dijadikan keutamaan yang tidak boleh disanggah sesiapa.
"Sepeninggalan beliau, kita harus renung kembali saranan dan usahanya dalam menyatukan orang Melayu dan Islam di negara ini.
"Ia harus dijadikan keutamaan yang tidak harus disanggah...saya harap pengikut Nik Aziz dapat melayani sentimen itu.
"Pastinya, jika ia direalisasikan, Nik Aziz dapat disemadikan dalam satu tahap perjuangan yang tinggi nilainya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam Khamis.
Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak Disember tahun lepas.
Kata Rais lagi, ketokohan Nik Aziz dalam isu perpaduan umah tidak boleh disangkal sesiapa.
"Dalam arena penyatuan ummah, ia dilihat lebih kukuh dan kerana itu usaha, pendapat dan keilmuannya berhubung Islam harus kita hormati.
"Sumbangannya dalam akademik perundangan Islam juga harus diberi penghormatan tinggi walaupun saya tidak dapat menyertai semua pandangan Nik Aziz dalam politik," jelasnya.
Bagi Rais, jasa Nik Aziz dalam bidang akademik dan politik juga harus diasingkan kategorinya namun perlu disamakan dari usaha menyatupadukan ummah.
"Nik Aziz mempunyai pandangan ilmu dan akademik dari kaca mata Islam selain seorang yang pakar dalam bidang undang-undang Islam.
"Sebagai salah seorang yang lama bersamanya di Parlimen, saya rasa Nik Aziz semasa menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Besar Kelantan mempunyai dua aspek berbeza dan kedua-duanya harus dihormati," ujarnya.
Sehubungan itu katanya, pemergian Nik Aziz turut disifatkan sesuatu yang akan menarik sebahagian besar dari tumpuan sosio politik dan budaya dalam PAS sendiri.
"Ini pasti memberi impak besar kepada imej seorang yang telah menjadi Mursyidul Am sejak sekian lama dan seorang akademik Islam yang dihormati," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Fri Feb 13 2015
RAIS YATIM: Bawa semangat Nik Aziz dalam usaha penyatuan ummah - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.