Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan meminta agar peminjam PTPTN menjelaskan pinjaman mereka supaya wang tersebut boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu.
Beliau berkata kegagalan peminjam membayar balik pinjaman mungkin akan menjejaskan peluang pelajar-pelajar yang baharu memasuki institusi pengajian tinggi mendapat bantuan agensi itu.
"Sejak PTPTN diwujudkan 21 tahun lepas seramai 362,000 daripada 1.9 juta orang peminjam tidak membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM2.7 bilion.
"Jika seorang peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman, bermakna seorang pelajar baharu tidak akan mendapat pinjaman," kata Wan Saiful kepada Bernama pada jamuan Keluarga Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) di sini pada Ahad.
Beliau berkata peminjam harus sedar wang yang digunakan untuk memberi pinjaman kepada mereka dipinjam oleh PTPTN daripada bank yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus sedangkan pelajar dikenakan faedah satu peratus sahaja oleh PTPTN.
Menurutnya sehingga sekarang PTPTN mempunyai hutang pokok dengan bank sebanyak RM40 bilion dan faedah pinjaman itu sahaja berjumlah RM12 bilion.
"PTPTN bagaimanapun masih mencari formula terbaik bagi meringankan beban peminjam supaya dapat membayar balik pinjaman di samping beban hutang PTPTN sendiri berkurangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2019
Wan Saiful Wan Jan meminta agar peminjam PTPTN menjelaskan pinjaman mereka supaya wang tersebut boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu.
AWANI Ringkas: Cuaca panas luar biasa dijangka berlarutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Bersama ditalian, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof. Dr Sufian Jusoh.
BPT SPRM berperanan kesan kelompongan, ketirisan dalam organisasi
Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dan mengurangkan ketirisan dalam organisasi.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan dibuat Microsoft bernilai AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Rebut insentif diskaun bayaran balik PTPTN hingga 31 Mei
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.
Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus, ganjaran kesetiaan 1 peratus
5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN akan menerima manfaat membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta.
Penangguhan bayaran dan diskaun pinjaman PTPTN dalam tempoh terdekat
Penangguhan bayaran balik dan pengurangan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan dalam inisiatif Belanjawan 2023 akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Bulan Menabung Simpan SSPN 2022 jana terimaan deposit 117 peratus berbanding sasaran
Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatatkan kejayaan dengan terimaan deposit Simpan SSPN berjumlah RM175.8 juta.
PTPTN catat jumlah deposit SSPN RM3.01 bilion bagi 2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021.
Bayaran balik PTPTN dengan diskaun boleh dibuat ikut saluran disediakan
Pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan diskaun yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 Nov ini boleh dibuat menerusi beberapa saluran disediakan.
PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025
Setelah 24 tahun kewujudan, masyarakat perlu menyedari fungsi dan sumbangan utama PTPTN kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan negara.