awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayar suku juta dolar, Netflix cari kru kabin jet peribadi

Agensi
Agensi
18/01/2023
03:35 MYT
Bayar suku juta dolar, Netflix cari kru kabin jet peribadi
Peranan ini juga menuntut fleksibiliti waktu bekerja yang memerlukan bekerja pada hujung minggu, hari cuti dan tempoh perjalanan yang panjang serta keupayaan mengangkat dan membawa beban sehingga 30 paun pada satu masa.- Pixabay
NEW YORK: Syarikat penstriman Netflix dilaporkan mencari krew penerbangan baharu untuk menyertai "krew impian" untuk sebuah jet peribadi.
Memetik laporan CNBC, Netflix dikatakan sanggup membayar lebih suku juta dolar untuk calon tepat.
Dalam pada itu, syarikat itu dilaporkan mengupah krew penerbangan untuk salah sebuah jet peribadi bersaiz besar berpangkalan di San Jose, California berhampiran ibu pejabat syarikat Los Gatos.
Sebagai tambahan kepada tanggungjawab kebiasaan kru seperti melakukan pemeriksaan kabin pra-penerbangan dan menjalankan taklimat keselamatan, kru juga bertanggungjawab untuk memantau bilik stok.
Pramugari juga dikehendaki bekerja di dalam jet Gulfstream G550 mengikut keperluan.
Tambah Netflix, calon dikehendaki tampil profesional mewakili jenama Netflix Aviation setiap masa semasa melaksanakan tugas jawatan itu dan pemohon harus berpegang kepada budaya Netflix iaitu "beroperasi dengan arahan minimum dan memiliki motivasi diri yang tinggi".
Difahamkan, calon juga perlu membantu syarikat menyediakan "pengangkutan udara sulit" selain menjalankan tugas mereka secara tertutup.
Netflix tidak menawarkan julat pampasan khusus untuk peranan itu, tetapi menyenaraikan julat pasaran keseluruhan untuk kedudukan serupa antara AS$60,000 (RM260,000) dan AS$385,000 (RM1.66 juta).
Jumlah pampasan akhir akan ditentukan oleh "pelbagai faktor pampasan" termasuk kemahiran dan pengalaman.
Peranan ini juga menuntut fleksibiliti waktu bekerja yang memerlukan bekerja pada hujung minggu, hari cuti dan tempoh perjalanan yang panjang serta keupayaan mengangkat dan membawa beban sehingga 30 paun pada satu masa.
Topic Berkaitan
#Netflix
#kru kabin
#kru impian Netflix
#jet Gulfstream G550
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan