awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran dam, korban Tanah Suci ditetapkan RM875 bagi seekor kibas - TH

Bernama
Bernama
28/03/2025
09:45 MYT
Bayaran dam, korban Tanah Suci ditetapkan RM875 bagi seekor kibas - TH
Kadar bayaran dam dan penyertaan korban di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M adalah sebanyak RM875 untuk seekor kibas, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Syed Hamadah Syed Othman. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar bayaran dam dan penyertaan korban di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M adalah sebanyak RM875 untuk seekor kibas, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Syed Hamadah Syed Othman.
Syed Hamadah dalam kenyataan hari ini berkata bakal jemaah haji bagi musim tahun ini boleh membuat pembayaran dam melalui aplikasi THiJARI atau di kaunter pejabat cawangan TH seluruh negara sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Beliau berkata penyertaan korban di Tanah Suci pula adalah terbuka kepada semua pendeposit TH.
"TH terus menyediakan perkhidmatan bayaran dam buat bakal jemaah haji bagi musim haji tahun ini dan (perkhidmatan bayaran) bermula hari ini (28 Mac) hingga 3 Julai 2025.
"Pembayaran penyertaan korban di Tanah Suci boleh dibuat oleh semua pendeposit TH bermula hari ini (28 Mac) hingga 31 Mei 2025," katanya.
Sementara itu, Syed Hamadah berkata selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH, bakal haji yang melaksanakan ibadah haji tamatuk dan qiran digalakkan untuk melaksanakan bayaran dam pada kadar semasa sebelum tiba di Tanah Suci kerana lebih mudah.
"TH turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang tawaran pembayaran dam dan korban yang mencurigakan daripada agensi pelancongan atau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar bayaran dam
#Tanah Suci
#korban
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan