awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran STR serikan sambutan Aidilfitri

Bernama
Bernama
27/03/2025
04:38 MYT
Bayaran STR serikan sambutan Aidilfitri
Penerima STR, Nurul Fadzilawati Kamaruddin (dua,kiri) bersama suami Norhazman Ibrahim (kanan) membeli pakaian raya untuk anak-anak mereka ketika ditemui di salah sebuah pasaraya. - Foto Bernama
IPOH: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bermula Isnin bukan sahaja memberikan kelegaan kepada penerimanya, tetapi turut menyemarakkan kegembiraan mereka apabila dapat membeli kelengkapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba minggu depan.
Suri rumah Nurul Fadzilawati Kamaruddin, 35, dari Gopeng ketika ditemui Bernama berkata bayaran STR sebanyak RM500, beliau belanjakan untuk membeli kelengkapan hari raya keluarganya, termasuk baju dan kasut baharu untuk tiga cahaya mata berusia lapan hingga 13 tahun.
"Saya dan suami memperuntukkan kira-kira RM1,000 untuk membeli baju Melayu dan baju kurung serta kasut baharu untuk anak-anak," katanya yang ditemui ketika sedang membeli baju raya di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Nurul Fadzilawati berkata suaminya Nor Hazman Ibrahim, 42, yang bekerja sebagai mekanik turut menambah RM500 lagi, bagi melengkapkan keperluan raya mereka sekeluarga.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Nor Hanis Hashim, 34 (dua,kiri) membeli pakaian raya untuk anak-anaknya ketika ditemui di salah sebuah pasaraya di sini semalam. - Foto Bernama
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Nor Hanis Hashim, 34 (dua,kiri) membeli pakaian raya untuk anak-anaknya ketika ditemui di salah sebuah pasaraya di sini semalam. - Foto Bernama
Seorang lagi penerima STR Nor Hanis Hashim, 34, dari Kampar yang turut memanfaatkan bantuan tersebut bagi melengkapkan keperluan raya mereka sekeluarga.
"STR ini sangat membantu dan beri kelegaan terutama untuk sediakan baju raya untuk anak-anak. Saya beli setiap seorang dapat sekurang-kurangnya sepasang baju Melayu atau baju kurung, dan kami cari pakaian yang menawarkan harga promosi," katanya yang mempunyai empat anak berusia sebulan hingga 16 tahun.
Kerajaan mula menyalurkan pembayaran STR Fasa Dua sejak Isnin melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.
Kementerian Kewangan memaklumkan hampir sembilan juta penerima terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia mendapat bantuan sehingga RM650, mengikut kategori kelayakan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah
#Str
#Aidilfitri
#hari raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan