awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 11 bulan antara dua maut nahas tiga kereta dekat Yan

Bernama
Bernama
06/11/2018
21:15 MYT
Bayi 11 bulan antara dua maut nahas tiga kereta dekat Yan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari tempat duduk penumpang hadapan. - Gambar hiasan
Bayi perempuan berusia 11 bulan antara dua maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Simpang Empat Ulu Sedaka menghala Pulau Bunting dekat Yan petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar berkata dalam kejadian pukul 3 petang itu bayi berkenaan Dhiaannasha Mohamad Shaiful yang berada dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani kira-kira 9 malam tadi.
Sementara itu, seorang lagi mangsa yang maut, Nurizzatunhusna Mohd Aminudin Bakri, 24, yang menaiki kereta jenis Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari tempat duduk penumpang hadapan dan mayatnya dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat.
Beliau berkata dalam insiden itu, kenderaan Honda Stream yang dipandu lelaki berumur 65 tahun, datang dari arah Ulu Sedaka dan sedang menghala ke Selengkoh, telah melanggar sebelah kiri kereta Proton Persona yang dalam perjalanan dari arah Guar Chempedak menghala ke Pulau Bunting.
"Akibat pelanggaran tersebut kereta Pesona itu berpusing manakala Honda Stream itu terbalik hingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Volkswagen Vento yang datang dari arah Selengkoh," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Katanya empat mangsa mengalami kecederaan parah iaitu pemandu dan penumpang belakang kenderaan Proton Persona serta pemandu dan penumpang wanita berusia 60 tahun kenderaan Honda Stream.
Bagaimanapun Shahnaz berkata pemandu kereta Volkswagen Vento berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa yang cedera parah itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#cedera
#Honda Stream
#kemalangan
#meninggal dunia
#MPV
#Nurizzatunhusna Mohd Aminudin Bakri
#parah
#Proton Persona
#Pulau Bunting
#Shahnaz Akhtar
#Simpang Empat Ulu Sedaka
#tercampak keluar
#tiga kenderaan
#Volkswagen Vento
#Yan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan