awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 11 bulan maut, kereta dipandu bapa langgar lembu di Bera

Bernama
Bernama
24/10/2025
02:56 MYT
Bayi 11 bulan maut, kereta dipandu bapa langgar lembu di Bera
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 9.40 malam ketika keluarga itu dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong. - Foto IPD Bera
KUANTAN: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas kereta dipandu bapanya melanggar sekumpulan lembu di KM49 Jalan Kerayong-Simpang Kepayang, Bera, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata mangsa Nur Adriana Amira Mohamad Norismail disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Bera 32 akibat pelbagai kecederaan termasuk di bahagian kepala.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 9.40 malam ketika keluarga itu dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, sekumpulan lembu keluar dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar haiwan tersebut sebelum terbabas ke bahu jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, ibu mangsa berusia 21 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan memangku bayi itu mengalami kecederaan di kepala, manakala pemandu berusia 22 tahun tidak cedera.
Zulkiflee berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#bayi
#meninggal dunia
#lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan