awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi antara dua beranak rentung dalam kebakaran

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/01/2016
04:25 MYT
Bayi antara dua beranak rentung dalam kebakaran
Api marak yang membakar rumah sebuah dua tingkat di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar awal pagi tadi. - Astro AWANI
Dua beranak, antaranya seorang bayi berusia tiga bulan, rentung dalam kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa, Nazri Zainal Abidin, 29, dan anaknya, Damia Auliah Salsabila maut selepas gagal diselamatkan akibat terperangkap dalam bilik tidur mereka.
Manakala lima ahli keluarga lain termasuk isteri mangsa sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah dua tingkat itu namun mengalami kecederaan.
Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Norashikin Md Isa, berkata bomba mendapat panggilan pada jam 2.17 pagi dan tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sebaik api dapat dikawal. Mangsa pertama ditemui pada jam 2.50 pagi di hadapan pintu besi rumah berkenaan, diikuti mangsa kedua pada jam 4.32 pagi.
Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk tujuan bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.
Punca dan jumlah kerugian masih di dalam siasatan.
Sementara itu, ibu mertua mangsa, Che Gayah Mat Rawi, 76, ketika menceritakan detik kejadian berkata beliau tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi bising di luar rumah.
Katanya, sebaik menyedari rumah mereka terbakar, beliau terus mengejutkan tiga cucu lelakinya yang sedang tidur sebelum berlari menyelamatkan diri.
Katanya, menantu lelaki bersama anak perempuannya yang tidur di bilik atas turut berlari keluar untuk menyelamatkan diri sebelum menantunya masuk semula ke rumah selepas menyedari bayinya tertinggal.
Bagaimanapun, api yang marak terus membakar kediaman mereka menyebabkan menantu dan cucunya bongsunya terkorban.
Difahamkan, kejadian berlaku disebabkan litar pintas namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#Balik Pulau
#bayi mati
#kebakaran
#mati rentung
#teluk kumbar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan