Polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam keadaan cukup sifat yang ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim, malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Supt Zailani Mohd Yusof berkata penemuan itu susulan siasatan pihak polis terhadap seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang baru bersalin dan telah datang menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
"Pegawai perubatan yang merawat remaja terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis pada pukul 5.50 petang semalam dan pegawai polis dari Balai Polis Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah datang ke hospital untuk menyiasat.
"Hasil siasatan, remaja terbabit memaklumkan dia telah bersalin pada pukul 1.45 pagi di asrama kilang tempat kerjanya di Seberang Perai dan mengaku mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya berumur 19 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zailani berkata, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan dan remaja terbabit menghubungi teman lelakinya untuk meminta bantuan.
"Mereka telah membawa mayat bayi itu dengan menaiki motosikal ke Kampung Limau Manis sebelum menanamnya di kedalaman 0.3 meter. Kita telah berjaya menahan suspek lelaki yang kemudian menunjukkan lokasi mayat dibuang.
"Proses menggali mayat dijalankan Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan mayat akan dibedah siasat Ahad ini," katanya.
Beliau berkata, wanita terbabit masih menerima rawatan di hospital sementara teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2019
Bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan. - Foto ihsan PDRM
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Mahmoud Abbas menyeru semua negara iktiraf Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyeru semua negara untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka serta mengiktiraf ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau diberi peluang berucap di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi hari ini.
Mesyuarat Khas WEF: Rangkuman hari pertama, tiga kayu ukur ekonomi perlu ada
Jurang pemulihan ekonomi menjadi modal mula mesyuarat khas World Economic Forum di Riyadh.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.