Bayi ditemui belakang rumah dedah kes sumbang mahram

Gambar tular seorang bayi lelaki yang ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut pada Ahad. -Foto Sinar Harian
BESUT: Polis sedang menyiasat penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut di sini pada Ahad.
Ringkasan AI
- Polis sedang menyiasat penemuan bayi lelaki ditinggalkan di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut pada Ahad.
- Bayi tersebut adalah hasil hubungan sumbang mahram remaja perempuan 16 tahun dengan ahli keluarganya tanpa pengetahuan sesiapa.
- Seorang lelaki ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 317 dan 376B Kanun Keseksaan berhubung tindakan membuang bayi dan perbuatan sumbang mahram yang membawa hukuman berat.
"Sejurus selepas dilahirkan, bayi itu dilaporkan telah dibuang oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, polis telah menahan reman seorang lelaki sehingga tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.
"Mahkamah membenarkan lelaki tersebut ditahan untuk siasatan menyeluruh berhubung kes itu.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
"Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.
"Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan," ujar beliau.
Beliau berkata, perbuatan membuang bayi ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan hukum agama serta jelas menafikan hak seorang bayi untuk hidup.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau tidak benar berhubung kes tersebut.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan atau menyebar maklumat tidak tepat di media sosial berhubung kes tersebut," katanya.
Pada Ahad, tular di media sosial penemuan seorang bayi, dan difahamkan bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan dan tindakan lanjut. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan penemuan bayi lelaki di Kampung Alor Lintang, Besut? A: Bayi lelaki ditemui hasil daripada hubungan sumbang mahram remaja perempuan berusia 16 tahun dengan ahli keluarganya.
- Q: Siapakah yang telah ditahan oleh polis berkaitan dengan kes penemuan bayi tersebut? A: Seorang lelaki telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan kes penemuan bayi tersebut.
- Q: Apa hukuman yang boleh dikenakan kepada individu yang terlibat dalam kes buang bayi dan sumbang mahram? A: Individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan membuang bayi, dan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan berhubung perbuatan sumbang mahram.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

