awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan

Bernama
Bernama
27/03/2024
15:15 MYT
Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Satu kematian melibatkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol direkodkan di Kelantan sehingga minggu ke-12, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kematian itu dikesan di Tanah Merah pada bulan lepas.
Beliau berkata setakat semalam sebanyak 29 kes direkodkan di seluruh negeri iaitu Kota Bharu (11), Tanah Merah (tujuh), Kuala Krai (empat), Pasir Puteh (tiga), Tumpat (dua) dan Gua Musang (dua).
"Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas di sebuah pangsapuri di Kubang Kerian, di sini.
"Berbanding tempoh sama (Minggu Ke-12) tahun lepas hanya terdapat satu kes Pertussis," katanya.
Jelasnya, perbandingan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan kes Pertussis yang dilaporkan di Kelantan.
"Daripada 29 kes setakat hari ini, 22 kes atau 76 peratus daripadanya melibatkan bayi berumur antara satu hingga lima bulan," katanya.
Mengulas lanjut, Hilmi berkata tahun lalu terdapat lima kes kematian dengan keseluruhan kes sebanyak 90 kes dengan peningkatan kes bermula pada Minggu Ke-35.
Katanya bagi menangani jangkitan itu Jabatan Kesihatan negeri melalui Cawangan Pendidikan Kesihatan telah meningkatkan hebahan kepada masyarakat berkenaan penyakit Pertusis melalui media sosial dan bahan promosi kesihatan yang dipamerkan di klinik dan hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi maut
#batuk kokol
#jangkitan
#Pertusis
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan