awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penulis blog Murray Hunter mohon maaf, tarik balik artikel berunsur fitnah
Situasi di Gaza makin meruncing, Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerakkan
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki baru dilahirkan ditemui dalam tandas di R&R Lanchang

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
09/10/2018
06:44 MYT
Bayi lelaki baru dilahirkan ditemui dalam tandas di R&R Lanchang
Bayi lelaki ditemui ditinggalkan di dalam tandas wanita R&R Lanchang menghala ke Kuala Lumpur-foto Ihsan Pembaca
Seorang bayi lelaki baru dilahirkan ditemui oleh orang awam di dalam tandas wanita di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang menghala ke Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, bayi lelaki itu ditemui pada pukul 5 pagi oleh orang awam dalam keadaan bogel sebelum menghubungi polis.
"Hasil maklumat saksi, ketika kejadian dia pergi ke tandas wanita dan menemui bayi berkenaan dalam keadaan dipenuhi najis di atas kabinet simen tandas.
"Hasil pemeriksaan ke atas bayi itu mendapati tiada kecederaan di anggota badan dan tali pusat sudah dipotong serta dibalut dengan kain pelikat dan kain telekung wanita yang di ambil di surau," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bayi
Bayi lelaki baru dilahirkan ditemui orang ramai di dalam tandas wanita R&R Lanchang-foto Ihsan Pembaca
Beliau berkata, saksi juga mendakwa ada mendengar tangisan bayi sejak pukul 4.30 pagi lagi, namun hanya masuk ke tandas berkenaan 30 minit kemudian.
"Kita sudah menghantar bayi berkenaan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk rawatan lanjut.
''Siasatan sedang diteruskan untuk mendapatkan maklumat dan mengesan suspek yang terlibat," katanya
Zundin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#Lanchang
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan