awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki dibuang ditemukan di belakang rumah - Polis

Bernama
Bernama
20/05/2015
10:23 MYT
Bayi lelaki dibuang ditemukan di belakang rumah - Polis
Seorang bayi lelaki ditemukan dibuang di belakang sebuah rumah di Taman Datuk Rashid malam tadi. -Gambar fail
Seorang bayi lelaki ditemukan dibuang di belakang sebuah rumah di Taman Datuk Rashid, dekat sini malam tadi, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata bayi seberat lebih dua kilogram itu ditemukan dalam keadaan sihat dengan dibalut sehelai kain kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh orang awam.
Susulan penemuan bayi itu seorang wanita berusia 20-an dipercayai ibu bayi malang itu telah ditahan polis untuk siasatan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata hasil soal siasat, wanita itu mengakui menjalin hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tinggal di Chengal Lempong, Beserah, dekat sini.
Katanya, bayi dan wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan kesihatan.
Abdul Aziz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Salleh
#Baserah
#bayi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan