Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dijumpai tidak sedarkan diri di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Seksyen 35 di sini, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Safien Mamat berkata bayi berkenaan dijumpai tidak sedarkan diri oleh pengasuh pusat berkenaan pada kira-kira 6 petang semalam sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta berdekatan untuk rawatan.
"Bapa bayi itu menghantar anaknya ke pusat jagaan kira-kira 10 pagi (semalam), namun ketika mahu mengambil anaknya pukul 7 petang, dia dimaklumkan oleh pihak pengurusan pusat jagaan itu bahawa anaknya telah dimasukkan ke hospital.
"Sebelum itu, bayi tersebut dihantar oleh pengasuhnya ke klinik berdekatan sebelum dipindahkan ke hospital dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini, tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuh mangsa.
Katanya, punca sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti berikutan polis sedang menyiasat kejadian itu dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan bayi malang itu maut akibat tersedak susu.
"Semalam merupakan hari pertama bayi berkenaan dihantar ke pusat jagaan kerana ibunya baru habis tempoh berpantang.
"Polis dimaklumkan, ibu bayi berkenaan ke pusat jagaan kira-kira pukul 3 petang untuk memberi anaknya susu. Disebabkan itu, kita akan siasat sama ada bayi itu maut akibat tersedak susu," katanya.
Shafien berkata setakat ini, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bernama
Wed Sep 02 2015
Bayi berkenaan dijumpai tidak sedarkan diri oleh pengasuh pusat berkenaan pada kira-kira 6 petang semalam sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta. - Gambar Hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.