awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi malang kritikal

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2013
08:30 MYT
Bayi malang kritikal
Susulan kes sepasang suami isteri bersama anak lelaki berusia sembilan bulan dilarikan penjenayah ketika berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu.
Bayi berkenaan yang terhumban dari kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Ladang Gajah Mati, kini berada di dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa yang menziarahi bayi berkenaan di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah berkata pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut keadaan bayi malang itu.
Sementara itu bapa bayi malang berkenaan, Pirhat Karim berkata beliau cuba memujuk penjenayah terbabit sehingga berlaku pergelutan mengakibatkan kemalangan berhampiran Ladang Gajah Mati.
Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang mencemaskan dan berdoa agar anaknya segera pulih.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, penjenayah berusia 17 tahun melarikan kenderaan bersama mangsa ke arah Kuantan, sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dan kereta.
Penjenayah kemudian melarikan sebuah Perodua MyVi yang ingin membantu serta melarikan tiga penumpang dalam kenderaan terbabit.
Kereta peronda polis dari Balai Polis Kuala Terengganu dan Batu Rakit kemudian berjaya menahan suspek di hadapan Masjid Al-Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 6.45 petang.
Suspek kini ditahan di ibu pejabat polis daerah Dungun untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#bayi
#Hulu Terengganu
#kemalangan
#kereta
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan