awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi meninggal dunia akibat COVID-19, ibu dalam ICU

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2021
03:31 MYT
Bayi meninggal dunia akibat COVID-19, ibu dalam ICU
Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu dipercayai menjadi korban COVID-19 termuda di negara ini. -Facebook JAWI
PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu dipercayai menjadi korban COVID-19 termuda di negara ini.
Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu muat naik di Facebook menceritakan saat duka ketika bayi tersebut dikebumikan pada Selasa.
"Ya Allah...sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah COVID-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu," tulis pentadbir akaun Facebook JAWI semalam.
Sumber Facebook JAWIWP
Bayi berkenaan dilapor dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh, dekat ibu kota.
"Difahamkan ibunya kini masih bertarung nyawa di ICU.
"Bapanya pula bersama lapan orang lagi anak sedang menjalani kuarantin di rumah.
"Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga.
"Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak," tulisnya lagi.
Kes penularan COVID-19 di negara ini terutamanya Lembah Klang terus membimbangkan dengan negara merekodkan jangkitan harian tertinggi 11,079 COVID-19 dan 125 kematian pada Selasa.
Topic Berkaitan
#bayi meninggal dunia
#ibu dalam ICU
#COVID-19
#lapan anak jalani kuarantin
#beri syafaat
#jangkitan
#ICU
#Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah
#Taman Selaseh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan