Bayi lelaki yang terpisah selama lima bulan daripada ibu bapanya warga Thailand akibat pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan Thailand-Malaysia, dijangka pulang ke pangkuan keluarga di Pattani selatan Thailand pada Sabtu ini.
Anak bongsu pasangan Nurhalisa Jehawae, 18, dan suaminya, Muhammad Tifyoleah, 28, yang berasal dari Pattani, dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang, Selangor, Malaysia pada 27 Feb lalu.
Pasangan itu terpaksa meninggalkan bayi tersebut, yang perlu ditempatkan di hospital untuk pemantauan doktor, bagi memperbaharui visa mereka yang tamat tempoh pada 18 Mac.
Berikutan pandemik COVID-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat masuk semula ke Malaysia untuk mengambil anak mereka yang berada di Hospital Kajang.
Nurhalisa, seorang pembantu kedai makan di Kajang, mendakwa mereka telah terputus hubungan dengan pihak hospital apabila nombor telefon hospital hilang.
Pasangan itu hanya mengetahui keadaan anak bongsu mereka selepas dihubungi pihak kedutaan.
Melalui bantuan dan derma orang ramai, pasangan itu berjaya mengumpul wang untuk membayar bil hospital termasuk kos bersalin yang berjumlah hampir RM30,000.
Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) Laksamana Muda Somkiart Polprayoon berkata Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur sedang membuat persediaan untuk membawa pulang bayi lelaki yang terpisah daripada keluarganya.
"Proses pendaftaran sudah selesai semalam. Bil hospital akan dilunaskan hari ini. Bayi itu akan dihantar ke sempadan Thailand-Malaysia dengan sebuah ambulans yang disewa khas. Pasukan perubatan hospital akan bersama bayi itu.
"Bayi itu dijangka tiba Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla pada Sabtu ini dan akan diserahkan kepada ibu bapanya," katanya.
Beliau berkata bayi itu dan ibunya akan dibawa ke Hospital Pattani untuk menjalani kuarantin wajib.
Nurhalisa mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan untuk membawa pulang bayi lelakinya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
Bayi itu dan ibunya akan dibawa ke Hospital Pattani untuk menjalani kuarantin wajib. -Gambar hiasan
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?