KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan enam hari meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, bayi malang itu baru sahaja dihantar selama dua hari ke rumah pengasuh tersebut.
Kata Asmadi, pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya pada 1.04 petang, pada Selasa.
"Difahamkan, pengadu menerima bayi berkenaan yang dibawa pengasuh pada 11.45 pagi, namun semasa tiba di zon merah bayi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada tanda hidup.
"Pengasuh turut memaklumkan telah melakukan bantuan pernafasan sejak dari rumah dan diteruskan di unit kecemasan selama 30 minit namun bayi itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.16 tengahari," katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Asmadi berkata, hasil pemeriksaan fizikal ke atas bayi itu tidak menemui sebarang kesan kecederaan justeru mangsa dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, pada Rabu.
Asmadi turut memaklumkan, polis telah merakaman percakapan daripada kedua ibu bapa mangsa dan pengasuh.
"Bapa mangsa memaklumkan anaknya dihantar ke rumah pengasuh ketika hari kejadian dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami batuk seminggu sebelum ini.
"Ibu mangsa pula berkata, Isnin lalu, anaknya telah dihantar ke sebuah Klinik di Presint 18 untuk pemeriksaan kesihatan dan telah dimaklumkan doktor bahawa keputusan X-Ray menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang masalah.
"Ibunya memaklumkan, doktor di klinik itu memberikan ubat batuk dan ubat gatal dan dia hanya memberikan ubat batuk kepada anaknya itu," katanya.
Asmadi berkata, rakaman percakapan pengasuh pula mendapati, dia menjaga empat orang kanak-kanak termasuk mangsa.
"Bayi berkenaan dihantar pada jam 8 pagi oleh ibunya dan berada dalam keadaan hendak tidur dan tiada masalah namun dia dimaklumkan bahawa mangsa ada sedikit batuk dan kemungkinan berkahak.
"Selepas solat Duha, pengasuh menyedari mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila mahu dikejutkan untuk menyusu.
"Pengasuh turut melakukan bantuan pernafasan kepada mangsa namun mendapati terdapat sedikit darah keluar di lubang hidung kiri bayi itu," katanya.
Asmadi berkata, pengasuh itu terus menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan kepada ibu bapanya lalu membawa mangsa ke Hospital Putrajaya dengan segera.
"Difahamkan, pengasuh pernah mengikuti kelas bantuan pernafasan beberapa kali semasa bekerja di sebuah hotel sebelum ini.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh," ujarnya.
Astro Awani
Wed Mar 20 2024
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan enam hari meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, pada Selasa. - Gambar hiasan
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Bayi tiga bulan maut di rumah pengasuh
Hasil pemeriksaan fizikal ke atas bayi itu tidak menemui sebarang kesan kecederaan.