Kerajaan komited dalam mengurangkan beban rakyat terutama melibatkan barangan keperluan harian.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menerusi pelaksanaan Program Bazar Peduli Rakyat (BPR), ia berjaya mengurangkan harga keperluan asas antara lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga di pasar awam.
Katanya, agensi-agensi di bawah kementeriannya (MOA) dilibatkan secara langsung dalam menjalankan inisiatif itu yang telah diadakan sebanyak 17 kali di sembilan lokasi.
“Jualan terus stok bekalan makanan, produk Agromas, sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri asas tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui Pusat Operasi FAMA.
“Jualan terus produk ikan dan hasilan laut oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT); dan jualan terus ayam, daging dan telur oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kawasan setempat.
“Jualan komoditi terpilih oleh usahawan pengeluar produk yang memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna, jualan komoditi terpilih secara terus dari ladang berhampiran oleh usahawan setempat dan jualan Happy Hour oleh usahawan, iaitu produk dijual pada harga borong untuk mempromosikan produk usahawan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) berkenaan mekanisme yang diambil oleh MOA dalam penganjuran BPR.
Mengikut rekod, antara lokasi yang pernah dijalankan BPR adalah di PPK Kg Pelet, Pulau Pinang, Pejabat MARDI, Manir Terengganu dan di Masjid Temerloh Jaya, Pahang dengan anggaran jumlah pengunjung seramai 25,402 orang dengan nilai anggaran jualan sebanyak RM700,000.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 21 2019

Salahuddin berkata, inisiatif BPR yang telah diadakan itu termasuk mengadakan jualan komoditi terpilih oleh usahawan pengeluar produk yang memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 kematian | Khairuddin saman Muhyiddin, Kerajaan Malaysia

Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Rusuhan di Capitol dikhuatiri akan berulang minggu ini, dengan beberapa protes kecil telah dimulakan dalam kalangan penyokong Trump.

"Ada pelajar yang slow learner.." - calon SPM bimbang tahap pencapaian
Ini termasuk keadaan norma baharu yang terpaksa dihadapi pelajar dalam sesi pembelajaran.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.

COVID-19: Sabah catat pertambahan 432 kes baharu
Sabah kekal merekodkan 22 zon merah di seluruh negeri, dengan pertambahan 432 kes positif COVID-19 pada hari ini.

AWANI Ringkas: PM umum pakej PERMAI RM15 bilion | Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada 7 negeri

Vaksin COVID-19: KKM ambil maklum laporan susulan kes kematian di Norway
Autopsi menunjukkan penerima mengalami demam, mual dan cirit-birit yang merupakan kesan advers biasa selepas penerimaan imunisasi.
![AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29301631761610974651236/1886146_27846248381610974792060_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar Fokus #AWANI745: - Tiga fokus, 22 inisiatif, RM15 bilion untuk Pakej Permai - Proklamasi darurat, saman pemula dikemukakan terhadap Perdana Menteri, kerajaan - Permit, lesen syarikat kuari musnahkan air terjun Tanjung Batu ditahan #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19

Angkat sumpah Biden | FBI arah 25,000 tentera disiasat
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengarahkan kesemua 25,000 anggota tentera di Washington DC menjalani pemeriksaan keselamatan. Ini susulan kebimbangan pihak berkuasa serangan dilancarkan dalam kalangan anggota keselamatan pada upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden 20 Januari ini.

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Bukan hanya Mersing, tapi kerusi lain juga perlu kembali kepada UMNO - Nazri Aziz
Semua kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 perlu dikembalikan kepada parti keramat orang Melayu itu, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Bazar Peduli Rakyat: Komitmen kerajaan ringankan beban - Salahuddin
Menerusi pelaksanaan Program Bazar Peduli Rakyat (BPR), ia berjaya mengurangkan harga keperluan asas antara lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga di pasar awam.

Isu keluar parti: Semangat UMNO Kelantan tidak luntur - Ahmad Jazlan
Pengumuman keluar parti oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz tidak sedikit pun melunturkan semangat Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk terus berjuang.

Hamzah Zainudin antara 6 ahli Parlimen keluar UMNO
Enam ahli Parlimen UMNO mengisytiharkan meninggalkan parti keramat Melayu berkuat kuasa hari ini dan surat peletakan jawatan mereka diserahkan kepada Setiausaha Agung parti hari ini.

'Ahmad Zahid calon paling layak Presiden UMNO'
Kesediaan dan keterbukaan Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas-tugas Presiden, semasa kemerosotan UMNO jelas menunjukkan beliau pemimpin berjiwa besar dan sanggup memikul tanggungjawab berat itu.

SPNB anggar RM600 juta perolehan tahun 2017
Syarikat Perumahan Negara Berhad menganggarkan perolehannya pada tahun 2017 adalah sebanyak RM600 juta.

300 kontraktor disenarai hitam SPNB sejak 2002
SPNB menyenarai hitam kesemua kontraktor tersebut berikutan projek perumahan yang terbengkalai meskipun telah diberikan kelonggaran dan tempoh lanjutan.