KUALA NERANG: Bazar Ramadan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang menjadi bazar pertama di negeri Kedah yang diarahkan untuk menutup operasinya berkuatkuasa 22 April (esok).
Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap (MDPT), Datuk Md Shuhaime Abd Rahman, arahan itu dibuat susulan pihak MDPT mendapati wujudnya ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini.
Tambahnya, penutupan itu juga adalah bagi memastikan tindakan dalam mengekang penularan COVID-19 dapat dibuat terutama dalam kalangan masyarakat di daerah Padang Terap, Kedah.
Beliau turut menjelaskan bahawa antara kesalahan yang dilakukan adalah ketiadaan kaunter saringan atau pemeriksaan suhu ke atas peniaga dan pengunjung, selain tiada kawalan keluar masuk pelanggan ke tapak bazar.
Md Shuhaime turut menyatakan bahawa terdapat juga peniaga serta pengunjung yang tidak memakai pelitup muka selain pengunjung tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Pihak penganjur bazar berkenaan juga turut didapati gagal untuk menyediakan cecair pembasmi kuman kepada pengunjung bazar.
Susulan itu, beliau menyifatkan arahan penutupan yang dibuat itu sebagai satu langkah dalam menangani penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti selepas satu mukim di daerah itu bertukar kepada zon kuning.
Sekiranya arahan berkenaan gagal dipatuhi, tindakan penguatkuasaan dan undang-undang akan diambil selaras dengan peruntukan kuasa kepada MDPT mengikut Seksyen 72(1)(f) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa PBT dan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman menyatakan bahawa lebih 70 bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di negeri Kedah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa oleh kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula 13 April sehingga 12 Mei depan.
Bagaimanapun, kebenaran pengoperasian itu bergantung sepenuhnya kepada perkembangan bilangan kes harian baharu COVID-19 di negeri itu selain pematuhan terhadap SOP yang ditetapkan PBT masing-masing.
Abd Hadi Che Awang
Wed Apr 21 2021

Bazar Ramadan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang menjadi bazar pertama di negeri Kedah yang diarahkan untuk menutup operasinya berkuatkuasa 22 April (esok). - Foto ihsan MDPT

Mayat wanita muda ditemui di Pantai Puteri
Satu mayat tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.

Horwad tak perlu ulang perbuatan petik ayat al-Quran - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, ia bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

Korban kebakaran kilang di Taiwan cecah 9 orang, 1 masih hilang
Dua lagi mayat ditemukan pada Ahad, lebih 24 jam selepas kebakaran kilang dan letupan di sebuah taman perindustrian di Kaunti Pingtung, Taiwan.

Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan lelaki di Teluk Senangin
Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan seorang lelaki lain yang hampir lemas di Pantai Teluk Senangin di sini, hari ini.

Sembilan individu didakwa ceroboh hutan simpan di Sik
Seramai sembilan individu didakwa atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu.

Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.

Kebakaran: Sesi persekolahan SK Permatang To' Kandu berjalan seperti biasa
Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu, Permatang Pauh diteruskan walaupun lima bilik darjah di sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu.

Pusat Multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin dalam akademik
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Farm Fresh untuk mewujudkan Pusat Multidimensi bagi mencegah tekanan kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid sekolah.

Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.

AS 'dalam peperangan secara langsung' dengan Rusia- Menteri Luar Sergey Lavrov
Amerika Syarikat "secara langsung dalam peperangan" dengan Moscow, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov selepas penutupan minggu peringkat tertinggi Pehimpunan Agung PBB ke-78.

Bazar Ramadan Bukit Nyamuk di Kedah diarah tutup
Bazar Ramadan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang menjadi bazar pertama di negeri Kedah yang diarahkan untuk menutup operasinya berkuatkuasa 22 April (esok).