PUTRAJAYA: Beban penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat dalam negara antara lain menyebabkan individu dengan NCD berisiko mendapat jangkitan serius dan kematian akibat COVID-19.
Menurut Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Feisul Idzwan Mustapha, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morboditi 2019 (NHMS), 1.7 juta individu dalam negara menghidap tiga penyakit utama NCD iaitu diabetes, hipertensi dan kolestrol tinggi manakala 3.4 juta individu menghidap mana-mana dua penyakit NCD.
"Mengambil kira faktor pandemik COVID-19, pengesanan awal NCD amat penting bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan optimum secepat mungkin," katanya pada sesi taklimat 'Pemakanan Sihat dan NCD' bersama media secara maya, hari ini.
Beliau berkata data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) menunjukkan kematian akibat COVID-19 adalah 3.7 kali lebih tinggi dalam kalangan pesakit komorbid berbanding pesakit yang tiada komorbid.
Komorbid adalah istilah perubatan yang merujuk kepada individu menghidap dua atau lebih penyakit tidak berkaitan secara serentak.
KKM dalam satu hantaran di laman Facebook pada 2 Okt memaklumkan 10.5 peratus daripada 24,565 kematian akibat jangkitan COVID-19 (data setakat 24 Sept) mempunyai masalah obesiti.
Menurut hantaran berkenaan, masalah obesiti meningkatkan risiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk sebanyak tujuh kali ganda.
"Penting bagi rakyat Malaysia menjalani saringan kesihatan seperti saringan kanser payudara, kanser pangkal rahim. Ambil rawatan susulan di fasiliti kesihatan, dapatkan maklumat sahih daripada pegawai perubatan dan elak mempercayai produk rawatan yang dijual secara meluas di pelbagai platform," kata Dr Feisul.
Pegawai Sains (Pemakanan) Bahagian Pemakanan KKM Nur Liana Abdul Latiff pada sesi taklimat sama menekankan kepentingan amalan makanan sihat terutamanya ketika persediaan beralih fasa endemik COVID-19.
Beliau yang menekankan intervensi awal menerusi pemakanan sihat berkata konsep "suku-suku separuh" perlu diterapkan, selain merancang menu masakan mingguan bagi mengurangkan kebergantungan membeli di gerai atau restoran.
Konsep suku-suku separuh ialah separuh suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur.
"Selain vaksin COVID-19, amalan gaya hidup sihat juga penting dari segi pemakanan dan senaman memandangkan golongan komorbid berisiko tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
Seramai 1.7 juta individu dalam negara menghidap tiga penyakit utama NCD iaitu diabetes, hipertensi dan kolestrol tinggi. - Gambar hiasan
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Hampir RM10 bilion dibelanja bagi penyakit tidak berjangkit - Dr Zaliha
Sejumlah RM9.65 bilion telah dibelanjakan bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu 16.8 peratus daripada perbelanjaan kesihatan negara.
Jumlah penghidap kencing manis di Malaysia tertinggi di Asia Tenggara - Menteri Kesihatan
Kajian menunjukkan Malaysia catat peningkatan ketara penghidap kencing manis daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.
Perbelanjaan, perancangan tangani penyakit tidak berjangkit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kesihatan diminta untuk menyatakan berapa jumlah dibelanjakan untuk menangani NCD terutamanya diabetes.
MySejahtera rekod lebih 250,000 individu disaring untuk penyakit tidak berjangkit
Daripada jumlah itu, seramai 173,722 individu berumur 40 tahun ke atas yang disaring mendapati 47.34 peratus disahkan menghidap NCD.
Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik - Dr Noor Azmi
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu.
Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional dilancar Julai untuk kesan penyakit tidak berjangkit - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara.
Laporan PeKa B40 kesan tiga NCD tertinggi dalam kumpulan B40
Tiga NCD tersebut masing-masing darah tinggi sebanyak 29.8 peratus, kolestrol tinggi 29.2 peratus serta diabetes 19.8 peratus.
UKM terajui kajian obesiti, penyakit tidak berjangkit bersama University of Oxford
UKM juga universiti pertama Malaysia yang menerajui kajian pengimejan melalui DXA berskala besar di peringkat antarabangsa.
Rantau Asia Tenggara perlu tingkat usaha atasi kekurangan aktiviti fizikal - WHO
Aktiviti fizikal dapat membantu mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan beberapa jenis kanser.