NATIONAL
Beberapa individu lagi dipanggil bantu siasatan kematian CEO Cradle

Nazrin ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira jam 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu. - Gambar fail/Astro AWANI
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis tidak akan berhenti menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang ditemui mati Jun lalu dan akan terus mencari keadilan untuk mangsa.
Polis katanya akan memanggil beberapa saudara terdekat Allahyarham Nazrin dan beberapa pihak berkaitan bagi membantu siasatan berdasarkan laporan yang dibuat mangsa sebelum ini.
"Kita (polis) masih meneruskan siasatan. Kita tidak akan menghentikan siasatan sampai kita berpuas hati, sampailah kes ini dapat diselesaikan. Sama ada (wujud) ugutan atau apa yang berlaku.
"Jangan bimbang akan polis akan terus jalankan siasatan. Kita akan tengok dan panggil (pihak berkaitan) untuk penjelasan," katanya selepas hadir pada program Kayuhan Solidariti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan yang mendakwa Nazrin menerima ugutan bunuh tiga bulan sebelum ditemui mati.
Polis kemudian dikatakan telah mengesan panggilan telefon itu dibuat oleh saudara terdekatnya.
Bagaimanapun Nazrin kemudiannya dipercayai menarik balik laporan berkenaan.
Kematiannya kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami