awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini

Bernama
Bernama
16/10/2024
16:26 MYT
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air. - Foto Facebook DBKL
KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan lokasi yang dinaiki air ialah Jalan Parlimen berhadapan Bank Rakyat, Jalan Sultan, Jalan Pudu berdekatan Hospital Tung Shin dan Jalan Kuching di bawah Bulatan Segambut.
Kenyataan itu memaklumkan petugas DBKL telah bersiap sedia di lokasi terbabit bagi mengawal lalu lintas dan membantu penyelamatan sekiranya diperlukan.
"Seramai 120 petugas DBKL bersiap sedia di lapangan melibatkan flying squad dan pasukan kecemasan, skuad penyelamat, warden trafik serta pasukan tunda.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan elakkan daripada melalui jalan yang dinaiki air dan sentiasa merujuk kepada ramalan kaji cuaca sebelum memulakan perjalanan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#jalan dinaiki air
#banjir kilat
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan