awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kaunter LHDN di kawasan PKPD ditutup sementara mulai Isnin

Bernama
Bernama
04/07/2021
14:41 MYT
Beberapa kaunter LHDN di kawasan PKPD ditutup sementara mulai Isnin
Kaunter terlibat adalah semua kaunter Perkhidmatan Percukaian, Kaunter Duti Setem dan Kaunter Bantuan Khas Kerajaan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan ditutup sementara mulai Isnin, selaras dengan pengumuman perintah itu di beberapa kawasan di seluruh negara.
LHDN dalam satu kenyataan memberitahu, kaunter terlibat adalah semua kaunter Perkhidmatan Percukaian, Kaunter Duti Setem dan Kaunter Bantuan Khas Kerajaan.
"Sehubungan itu semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter berkenaan adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula," menurut kenyataan itu.
LHDN bagaimanapun memaklumkan perkhidmatan bagi Kaunter Pusat Bayaran akan tetap beroperasi dengan perkhidmatan dan waktu operasi yang terhad iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Isnin hingga Jumaat.
"Perkhidmatan Kaunter Pusat Bayaran ini meliputi urusan bayaran tunai dan cek bagi Cukai Pegangan; Seniman Kembara; Cukai Keuntungan Harta Tanah Oleh Pemeroleh dan bayaran kompaun serta bayaran menggunakan kad kredit dan kad debit bagi cukai pendapatan dan lain-lain cukai manakala perkhidmatan lain perlu dilaksana secara dalam talian sahaja," katanya.
LDHN turut berkata sepanjang tempoh PKPD itu, perkhidmatan telefon dan HASiL Live Chat juga akan beroperasi seperti biasa bagi membantu pelanggan khususnya pembayar cukai dalam urusan percukaian mereka.
Waktu operasi bagi Talian Khidmat Percukaian (03-89111000/03-89111100 (Luar Negara) dan Talian Penting BPR (1800-88-2747) adalah pada Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 4 petang, manakala bagi HASiL Live Chat pula, ia beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#cukai
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan