PUTRAJAYA: Hujan lebat berterusan selama satu jam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dilanda banjir kilat.
Dalam kejadian 3 petang itu, kawasan di Persiaran Seri Perdana di Presint 10, kuarters kerajaan Presint 11 A dan Klinik Kesihatan Presint 9 ditenggelami air kira-kira 0.3 meter.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya Mohd Afizi Zolkifli berkata seramai 20 anggota digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.30 petang.
Beliau berkata kejadian disyaki berpunca akibat laluan air ke longkang yang tersumbat dan anggota bomba telah membersihkan saluran terbabit.
"Air surut sepenuhnya beberapa jam kemudian dan tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian dan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Air surut sepenuhnya selepas pihak bomba membersihkan longkang yang tersumbat. Tiada kenderaan rosak akibat kejadian itu," katanya.
Mahathir Hasnan, 28, yang tinggal di kuarters Presint 11 A berkata kejadian terbabit pertama kali berlaku sejak beliau tinggal di situ pada 2014.
"Memang saya agak panik sebab air naik tiba-tiba... saya dan ahli keluarga lain buat keputusan alihkan barang elektrik ke tingkat atas.
"Kami juga alih kereta ke tempat tinggi... memang waktu itu hujan amat lebat," katanya yang ditemui di rumahnya malam ini.
Insiden banjir kilat itu turut menarik perhatian calon-calon yang bertanding di Parlimen Putrajaya antaranya Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH-PKR) yang menyantuni penduduk malam ini.
Jentera Barisan Nasional Putrajaya turut kelihatan bertemu penduduk di kawasan terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2022
Hujan lebat berterusan selama satu jam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dilanda banjir kilat. - Foto BERNAMA
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Banjir kilat: Kerosakan infrastruktur di Negeri Sembilan hampir RM1 juta - Aminuddin
Kerugian melibatkan kerosakan infrastruktur akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan semalam dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mencadangkan Kerajaan Negeri Terengganu supaya mengenakan caruman perparitan kepada pemaju tanah.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
Warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat
Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing hari ini.
Beberapa kawasan di Ipoh banjir kilat akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam disertai ribut menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat petang tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir kilat 'kejutkan' Felda Kerteh
Banjir kilat yang berlaku kira-kira 4 petang Ahad itu menyebabkan 260 penduduk terpaksa berpindah ke PPS.