awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa restoran makanan segera berminat perkenal Menu Rahmah - Salahuddin

Bernama
Bernama
14/02/2023
14:40 MYT
Beberapa restoran makanan segera berminat perkenal Menu Rahmah - Salahuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub (tiga, kanan) merasmikan Menu Rahmah peringkat Negeri Perlis di Restoran Bekwoh, Kangar. - Foto BERNAMA
KANGAR: Beberapa restoran makanan segera menyatakan minat untuk turut sama mengambil bahagian dalam inisiatif yang menawarkan Menu Rahmah bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan B40 di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selepas dua minggu program itu dilancarkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga menarik minat beberapa syarikat gergasi untuk terlibat sama.
"Ini ialah satu berita gembira buat rakyat Malaysia apabila restoran makanan segera telah menyatakan minat untuk turut sama memperkenalkan Menu Rahmah selepas Burger King menawarkan hidangan berharga RM5 sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Menu Rahmah Peringkat Negeri Perlis di Restoran BEKWOH di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar.
Salahuddin berkata beberapa syarikat besar restoran makanan segera antarabangsa akan memberi kata putus berhubung inisiatif itu pada minggu hadapan.
"Mereka bercadang untuk memperkenalkan burger sebagai Menu Rahmah kerana ia lebih mudah untuk pelanggan khususnya bagi golongan muda," katanya.
Burger King menjadi restoran makanan segera pertama yang menyahut inisiatif kerajaan dalam menyediakan menu makanan pada harga sederhana melalui pelaksanaan program Menu Rahmah dengan menawarkan burger ayam atau daging, berserta sayur dan sebotol air mineral.
Selain sektor makanan, Salahuddin berkata beberapa pemain industri antaranya tekstil dan perubatan turut menyatakan minat untuk menyertai program berkonsepkan Rahmah.
"Ada pihak industri yang berminat untuk memperkenalkan 'Shopping Rahmah Raya' bagi membantu rakyat membuat persiapan Aidilfitri dan perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut untuk mengenal pasti apa yang boleh ditawarkan oleh pengusaha industri ini nanti," katanya.
Beliau berkata terdapat beberapa pengusaha klinik swasta yang menyatakan minat untuk memperkenalkan konsep Rahmah seperti ujian saringan kesihatan pada harga serendah RM40 dan perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menu Rahmah
#restoran makanan segera
#golongan B40
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan