Skip to main content

Malaysia

Bedah siasat dua mangsa maut dalam kereta selesai, mayat dituntut waris - Polis

MELAKA - Misteri kehilangan seorang wanita terungkai selepas mayatnya bersama seorang kenalan lelaki ditemukan dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal di sini, tengah malam Ahad.
Semalam, dilaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari. - Gambar fail/Sinar Harian
Advertisement

ALOR GAJAH: Bedah siasat terhadap mayat lelaki dan wanita yang ditemukan di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini semalam, telah selesai dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata mayat lelaki berusia 31 tahun itu dituntut ibunya, manakala mayat wanita berumur 33 tahun pula dituntut abangnya, masing-masing kira-kira 11 malam tadi.

“Bedah siasat telah selesai dan keputusan masih menunggu siasatan makmal dan kedua-dua jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Durian Tunggal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari pada 12.05 tengah malam.

Siasatan awal terhadap kedua-dua mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah termasuk kemungkinan disamun atau berlaku pergelutan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement