awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah siasat gajah gagal temui petunjuk konklusif

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2013
05:22 MYT
Bedah siasat gajah gagal temui petunjuk konklusif
Laporan awal bedah siasat terhadap 14 bangkai gajah Pygmy Borneo yang ditemui mati secara misteri di Hutan Simpan Rara, 139km dari Bandar Tawau gagal menemui jawapan yang konklusif.
Ini dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun kepada Astro Awani.
“Siasatan awal dari bedah siasat itu tidak menjelaskan dengan jelas punca sebenar kematian gajah-gajah tersebut dan saya telah meminta Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk meminta semula Jabatan Kimia untuk melakukan satu lagi ujian yang lebih komprehensif terhadap gajah-gajah itu,” kata Masidi.
Masidi turut meminta Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah menghantar sampel-sampel ujian seperti darah dari bangkai gajah yang mati itu diuji di dua tempat iaitu Universiti Mahidol di Tahilan dan Pejabat Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Queensland di Australia.
Masidi turut menambah berdasarkan pertemuannya dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, polis dijangka akan merumuskan siasatan mereka dalam beberapa hari lagi.
Sementara itu, Pakar Pemakanan Haiwan dan Analisis Sistem, Prof Madya Dr Azhar Kasim berkata ada kemungkinan kegiatan pembalakan telah menyebabkan gajah tersebut berjalan keluar dari habitatnya untuk mencari makan di tempat lain sebelum ditemui mati.
“Kajian telah dibuat dan mendapati seekor gajah mampu berjalan merangkumi 500 hingga 600 kilometer persegi sesebuah kawasan itu. Namun, apabila pembalakan dan penebangan hutan berlaku, ianya telah mengancam habitat gajah-gajah ini dan menyebabkan haluannya untuk mencari makanan terpaksa diubah demi menampung kehendak pemakanannya," kata Azhar.
Beliau menambah seekor gajah mampu menampung makanan sebanyak 150 kg sehari.
Topic Berkaitan
#gajah
#Hutan Simpa Rara
#mati
#polis
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan