awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
Bekas Wartawan FMT, Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah siasat kedua jasad pelatih PALAPES, Syamsul Haris dijadual esok - Peguam

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
29/08/2025
02:50 MYT
Bedah siasat kedua jasad pelatih PALAPES, Syamsul Haris dijadual esok - Peguam
Peguam Naran Singh menjawab soalan wartawan selepas proses menggali semula kubur Allahyarham Syamsul Haris di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
SEMENYIH: Bedah siasat kedua terhadap jasad pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, dijadualkan dilakukan pada 9 pagi esok di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut peguam keluarga, Datuk Naran Singh, proses itu akan dijalankan oleh tiga pakar forensik bagi menentukan punca sebenar kematian Allahyarham.
“Pagi ini kita mula proses penggalian pada jam 8.45 pagi oleh empat orang penggali dan pada jam 8.50 pagi kita nampak keranda telah dinaikkan.
“Setakat ini mayat dibawa ke hospital, bahagian forensik untuk menjalankan beberapa prosedur pada petang ini dan bedah siasat ditetapkan esok pagi jam 9 pagi.
“Jadi, setakat ini bagi pihak keluarga, terutama saya selaku peguam, kami sangat berpuas hati. Tujuan utama kita ialah mahu mendapatkan kebenaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, proses menggali semula kubur selesai lebih awal daripada jangkaan apabila kerja-kerja yang dijadualkan mengambil masa kira-kira dua jam disempurnakan dalam tempoh kurang sejam.
Proses itu selesai sekitar jam 9.32 pagi.
Jelas Naran Singh, tujuan utama bedah siasat kedua ini adalah untuk mendapatkan keadilan melalui mahkamah selain meneruskan perjuangan mencari kebenaran di sebalik kematian pelatih berusia 22 tahun itu.
“Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang hadir hari ini, tanda memberi sokongan dari segi motivasi, tenaga dan doa.
“Alhamdulillah proses pertama sudah selesai dan saya berpuas hati.
“Cuma apa yang kami kesalkan apabila Menteri Pertahanan menjawab tiada kecederaan, tetapi sebaliknya berlaku.
"Ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan mata anak yang lebam, hidung berdarah dan luka-luka di bahagian dada,” jelasnya.
Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lepas di Hospital Kota Tinggi, Johor, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor dan dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu di Selangor.
Topic Berkaitan
#kematian pelatih Palapes
#kubur Syamsul Haris
#kubur digali semula
#Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan