Kemungkinan ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang mahu bedah siasat kedua dilakukan terhadap mayat anak mereka, sama sekali tidak menggugat keyakinan terhadap ahli patologi di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, terpulang kepada keluarga mangsa untuk membuat siasatan selanjutnya termasuk bedah siasat kali kedua di luar negara, sebagai mana yang dilaporkan.
"Itu terpulang kepada mereka... itu hak mereka untuk buat post mortem kedua itu memang hak mereka buat yang saya tahu mereka telah ambil mayat dan itu terpulang untuk mereka buat siasatan yang selanjutnya.
"Kita memang yakin kepada profesionalisme pakar-pakar patologi yang buat post mortem di tanah air, ini tidak akan menggugat keyakinan pada ahli patologi negara," kata Dr Lee.
Memetik laporan portal Daily Mirror, Maebh Jaseprine Quoirin, 45, dan Sebastian Marie Philipe, 47, sedang membincangkan perkata itu bagi memastikan ahli patologi tidak terlepas sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kematian Nora Anne.
Daily Mirror memetik sumber sebagai berkata, mereka mungkin meminta bedah siasat diadakan di Britain atau Perancis di mana siasatan polis berhubung kes tersebut masih diteruskan.
Mayat Nora Anne ditemukan kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi SAR kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.
Aida Aziz
Sun Aug 18 2019
Dr Lee Boon Chye (kiri) berkata, terpulang kepada keluarga mangsa untuk membuat siasatan selanjutnya termasuk bedah siasat kali kedua di luar negara, sebagai mana yang dilaporkan. - Gambar Astro AWANI
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat kedua Nora Anne tak gugat keyakinan patologi negara - Boon Chye
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata terpulang kepada keluarga mangsa untuk membuat siasatan selanjutnya, termasuk bedah siasat kali kedua di luar negara.