Pembekalan secara Bekalan Air Berjadual (BAB) dijangka akan dilaksanakan di sebahagian daripada kawasan Mersing tidak lama lagi, berikutan paras air di Empangan Labong yang menunjukkan bacaan paras henti loji.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata pelaksanaan itu bakal melibatkan seramai 25,000 pengguna.
Beliau berkata tarikh pelaksanaan BAB yang tepat masih belum diputuskan lagi, namun ia hampir pasti akan berlaku dalam masa terdekat, melibatkan 4,987 akaun pengguna.
"Ini disebabkan keadaan cuaca panas dan kering berterusan serta tidak nampak apa-apa perubahan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Bantuan ke Institut Pengajian Tinggi Tahun 2019 di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Batu, di sini, hari ini.
Meskipun kebelakangan ini hujan mulai kerap berlaku di Johor, namun ia dilihat masih tidak dapat memulihkan rizab bekalan air.
"Bacaan paras air akan bertambah sekiranya Johor menerima hujan secara tidak henti. Jadi, setakat ini, keadaan tiada penambahbaikan," katanya.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri masih lagi berbincang dengan Jabatan Matereologi Malaysia dan syarikat yang melaksanakan operasi pembenihan awan untuk melaksanakan operasi berkenaan dalam masa terdekat.
Terdahulu, dalam majlis berkenaan seramai 32 pelajar menerima bantuan, di mana tiga pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma menerima bantuan RM500 manakala 29 pelajar yang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pula menerima RM1,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
Tarikh pelaksanaan bekalan air berjadual yang tepat masih belum diputuskan lagi, namun ia hampir pasti akan berlaku dalam masa terdekat, melibatkan 4,987 akaun pengguna. - Gambar hiasan
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco
Penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini.
Kapasiti efektif 30.3 peratus tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari - PBAPP
Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air, maka bilangan hari akan berubah.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar - PBB
Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A.
Sambutan Aidilfitri suram, 300 keluarga mukim Telipot berdepan masalah bekalan air
Penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting.
KOA Selai tidak dipinggirkan, telah terima bekalan air pelbagai sumber - Jakoa
Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.