awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Hulu Langat, KL dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini

Bernama
Bernama
01/11/2019
16:12 MYT
Bekalan air di Hulu Langat, KL dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini
Kawasan Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air, dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini.
Kawasan Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air ekoran masalah teknikal 'bandscreen' (sistem penapisan air mentah) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan bahawa jangkaan dibuat selepas kerosakan 'bandscreen' di LRA tersebut dapat diatasi apabila kerja pembaikan selesai dilakukan hari ini.
"Proses bagi meningkatkan tekanan serta menstabilkan paras kolam-kolam perkhidmatan dan aliran di sistem agihan sedang giat dilaksanakan bagi proses pemulihan bekalan secara berperingkat.
Masa pemulihan bergantung kepada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan. Bantuan lori-lori tangki air akan terus digerakkan dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan pulih sepenuhnya," menurut Air Selangor.
Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan itu boleh dirujuk melalui aplikasi Air Selangor atau melayari www.airselangor.com.
"Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 untuk bantuan atau menghantar pesananWhatsApp ke 019-281 6793 /019-280 0919 bagi kes kritikal dan kecemasan," kata kenyataan itu.
Pagi tadi, gangguan air tidak berjadual berlaku di 156 kawasan di Hulu Langat dan Kuala Lumpur sehingga menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat sebanyak 179 juta liter sehari.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bandscreen
#bekalan air
#gangguan bekalan air
#Hulu Langat
#Kuala Lumpur
#loji rawatan air
#sistem penapisan air mentah
#sungai langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan