awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air mula diagih, 241 kawasan dijangka pulih sepenuhnya esok

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2020
07:25 MYT
Bekalan air mula diagih, 241 kawasan dijangka pulih sepenuhnya esok
Bekalan di 445 kawasan lain dalam wilayah sama pula dijangka pulih sepenuhnya pada Selasa, 20 Oktober pada jam 2.00 petang. - Bernama
KUALA LUMPUR:Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah beroperasi semula pada pagi Ahad dan bekalan air telah diagihkan ke sistem agihan bekalan air bermula jam 12 tengah hari.
Justeru, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjangkakan bekalan air di 241 kawasan dalam wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor akan pulih sepenuhnya pada Isnin, 19 Oktober jam 2 petang.
Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri berkata, bekalan di 445 kawasan lain dalam wilayah sama pula dijangka pulih sepenuhnya pada Selasa, 20 Oktober pada jam 2.00 petang.
“Air Selangor memohon kerjasama para pengguna agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di semua kawasan terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air,” katanya.
Menurutnya, Air Selangor juga telah menggerakkan sebanyak 88 lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan yang terjejas.
“Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awam yang disediakan semasa tempoh pemulihan bekalan air ini. Sila rujuk senarai pili-pili awam di laman sesawang www.airselangor.com.
“Para pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki dan di pili-pili awam,” ujarnya.
Kawasan-kawasan tersebut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 9 malam semalam apabila kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Dalam masa sama, Air Selangor juga telah meningkatkan penyaluran air terawat daripada beberapa LRA lain buat sementara termasuk LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Wangsa Maju, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Nenas.
Topic Berkaitan
#Tiada air
#masalah air
#air
#Air Selangor
#paip pecah
#loji
#loji rawatan air
#LRA
#Klang
#shah alam
#Hulu Selangor
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan
#Petaling
#kawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan