awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air percuma selama dua bulan kepada penduduk terjejas - Ahmad Samsuri

Bernama
Bernama
09/08/2021
15:13 MYT
Bekalan air percuma selama dua bulan kepada penduduk terjejas -  Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri berkata ia sebagai tanda penghargaan atas kesabaran penduduk ketika berdepan dengan krisis. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengumumkan akan memberi air percuma selama dua bulan kepada pemilik akaun yang terjejas akibat saluran paip pecah di dasar sungai Terengganu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia sebagai tanda penghargaan atas kesabaran penduduk ketika berdepan dengan krisis dan air percuma itu akan dapat dinikmati setelah kerja-kerja baik pulih selesai.
"Kerajaan Negeri amat memahami kesulitan rakyat menghadapi krisis air yang sedang berlaku. Sehingga kini, pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) masih berterusan melakukan kerja pembaikan paip di dasar sungai," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.
Menurut Ahmad Samsuri sepanjang tempoh krisis, kerajaan negeri juga telah bertindak mengagihkan bekalan air bersih kepada semua penduduk di kawasan yang terjejas.
"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban rakyat termasuk syarikat bekalan air seluruh negara, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang membantu.
"Semoga kerja pembaikan berjalan mengikut jadual sekali gus dapat menamatkan krisis air ini," katanya.
Terengganu berdepan krisis air sejak Isnin lalu berpunca daripada saluran paip pecah di dasar sungai Terengganu dan ia sekali gus menjejaskan kira-kira 28,700 akaun di dua daerah iaitu di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Facebook
#NGO
#SATU
#Sungai Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan