ALOR SETAR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memaklumkan bahawa bekalan ayam dan telur sedang berada pada fasa pemulihan.
Bagaimanapun, pihak kementerian tidak boleh menetapkan tarikh sebenar bagi penyelesaian membabitkan isu kedua-dua barangan pengguna berkenaan memandangkan ianya melibatkan 'benda hidup'.
"(Masalah berkaitan ayam dan telur ini) dia sedang (dalam) fasa pulih, masalahnya (adalah) isu (ini melibatkan) benda hidup, (perkara) ini kita tidak boleh letak tarikh (akhir bila boleh diselesaikan masalah itu).
"Kita sedang berusaha (untuk selesaikan), (kalau isu) jalan raya, kita boleh cakap jalan ini akan siap dalam bulan Julai, tetapi ini hal makanan, kita hanya (boleh) jamin ianya ada, ianya mengikut pasaran ketika itu, dia bukan (isu yang sama seperti) jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan kerjanya ke ibu pejabat Ayam Bismi, Simpang Empat Kangkong, Alor Setar pada Rabu.
Dalam pada itu, Mohamad menyatakan perbincangan mengenai pemberian subsidi bersasar kini berada pada peringkat kajian akhir dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Tambahnya, perbincangan itu juga melibatkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pada Sabtu, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) telah memberi jaminan kepada MAFS bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan kembali normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam satu kenyataan memaklumkan, komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, yang diadakan pada Khamis.
Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jan 25 2023
Mohamad Sabu ditemui sewaktu lawatan kerjanya ke ibu pejabat Ayam Bismi, Simpang Empat Kangkong, Alor Setar pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.