awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan daging mencukupi untuk keperluan sambutan Aidiladha - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
25/06/2023
11:50 MYT
Bekalan daging mencukupi untuk keperluan sambutan Aidiladha - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (kanan) pada sidang media Majlis Ulang Tahun 89 Arena ke-11 di Taman Sungai Jati Permai, hari ini. - Foto BERNAMA
KLANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan makanan termasuk daging, mencukupi untuk keperluan sambutan Aidiladha tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya akan memastikan perkara itu dan akan menjalankan pemantauan dari semasa-semasa.
Beliau berkata menerusi agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Peladang Kebangsaan (PPK), juga akan membuat intervensi jika berlaku kenaikan harga mengejut barang keperluan itu.
"FAMA dan Persatuan Peladang (PPK) akan melakukan 'interfere' seperti Ramadan yang lepas.Alhamdulilah, harga daging dapat dikawal malah dijual dengan harga yang lebih murah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Sukan 89 Arena, Klang dekat sini hari ini.
Sementara itu Mohamad memaklumkan bahawa FAMA sedang merancang untuk menambah cawangan sedia ada di negara ini bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan.
"Keterjaminan makanan ini memang dah jadi isu dunia bukan hanya di Malaysia, satu dunia terlibat katanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan daging
#Aidiladha
#KPKM
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan