awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung
Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik Sarawak ke Semenanjung masih perlu kajian teknikal - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
15/12/2025
10:30 MYT
Bekalan elektrik Sarawak ke Semenanjung masih perlu kajian teknikal - TPM Fadillah
Fadillah berkata walaupun cadangan itu telah mendapat kelulusan secara prinsip, pelaksanaannya masih memerlukan kajian teknikal terperinci sebelum kajian kebolehlaksanaan dapat dijalankan. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Cadangan pembekalan tenaga elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia yang akan diuruskan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) masih berada pada peringkat dasar dan teknikal, termasuk pelaksanaan kajian serta survei yang melibatkan Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof.

Ringkasan AI
  • Cadangan pembekalan tenaga elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia yang diuruskan oleh TNB masih dalam peringkat dasar dan teknikal, memerlukan kajian terperinci serta survei dengan Indonesia.
  • Projek ini melibatkan beberapa pihak termasuk TNB, Petronas, dan Sarawak Energy Berhad, dengan kajian kebolehlaksanaan dijangka bermula tahun depan.
  • Penetapan tarif masih tertangguh kerana menunggu hasil kajian terperinci bagi menentukan kos keseluruhan projek serta rundingan TNB dan SEB.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata walaupun cadangan itu telah mendapat kelulusan secara prinsip, pelaksanaannya masih memerlukan kajian teknikal terperinci sebelum kajian kebolehlaksanaan dapat dijalankan.
"Buat masa ini, ia masih di peringkat dasar. Kelulusan secara prinsip sudah ada, namun kajian teknikal perlu dilaksanakan terlebih dahulu, termasuk survei yang melibatkan Indonesia bagi memaklumkan negara berkenaan.
"Kajian kebolehlaksanaan ini diharapkan dapat dijalankan pada tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ceria Ke Sekolah TNB Edisi P194 Petra Jaya.
Fadillah berkata projek pembekalan tenaga itu dijangka melibatkan beberapa pihak utama termasuk TNB, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).
Mengulas mengenai penetapan tarif, Fadillah berkata perkara itu masih belum dapat diputuskan kerana ia bergantung kepada hasil kajian terperinci bagi menentukan kos keseluruhan projek serta rundingan TNB dan SEB.
Sebelum ini, media melaporkan Sarawak telah bersetuju secara prinsip untuk membekalkan masing-masing 1,000 megawatt (MW) tenaga hijau kepada Singapura dan Semenanjung, sekali gus menandakan era baharu dalam kerjasama tenaga rentas sempadan melibatkan projek di bawah inisiatif Grid Kuasa ASEAN.
Terdahulu, pada majlis berkenaan, seramai 250 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Petra Jaya menerima sumbangan kelengkapan persekolahan asas dalam program anjuran TNB berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan tenaga elektrik
#Sarawak
#Semenanjung
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan