KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mendapati bekalan minyak masak menyusut di pasaran susulan berlakunya pembelian pada jumlah banyak menjelang perayaan Aidilfitri.
Pengarahnya Azman Ismail berkata walaupun trend bekalan semakin menurun pada awal bulan ini, namun sehingga kini bekalan minyak masak dan gula masih ada dalam pasaran termasuk di pasar raya di negeri itu.
"Kami tahu apabila keperluan minyak masak menjadi pilihan tinggi daripada pengguna, ia akan dibeli secara banyak, sekali gus menyebabkan bekalan di pasaran menurun.
"Namun pihak kami akan menambahkan kuantiti sebelum dan selepas perayaan," katanya kepada pemberita selepas program jelajah mesra Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Azman berkata pihaknya menahan dua lelaki dan menyita 4,500 liter diesel bernilai RM9,675 dalam cubaan menyeleweng bahan tersebut di Kampung Tengah, Perupok, Bachok pada 7.50 pagi semalam.
Beliau berkata mereka yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia 40-an dan 50-an dipercayai pemandu serta kelindan lori jenis UD Truck Kuzer berpendaftaran tempatan.
Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian suspek dilihat membuat pengisian minyak diesel ke dalam tangki menggunakan pam penyedut yang diubah suai di bahagian belakang lori dilitupi kanvas bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Stesen minyak berkenaan telah ditahan dan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Azman (kiri) melihat barang kawalan semasa tinjauan harga sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pasaraya Aeon Mall, hari ini. - Foto Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
KPDN Kelantan saran peniaga bazar Ramadan sedia Menu Rahmah
Tindakan itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang merancang untuk membuka Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di seluruh negara tidak lama lagi.