KUALA LUMPUR: Bekalan parasetamol, ubat yang lazimnya digunakan bagi melegakan demam dan sakit kepala, dilaporkan mengalami kekurangan dan agak sukar didapati di farmasi komuniti dan kedai serbaneka di ibu negara serta beberapa tempat lain.
Menerusi tinjauan di premis farmasi komuniti baru-baru ini, bahagian rak yang mempamerkan bekalan ubat berkenaan, terutamanya sebuah cap dagang terkemuka, didapati kosong berikutan permintaan tinggi daripada pengguna lebih-lebih lagi ketika angka kes COVID-19 yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.
Perkara itu juga dipercayai berpunca daripada pembelian meningkat sebagai persediaan mengurangkan kesan sampingan seperti demam, sakit sendi dan sakit kepala selepas menerima suntikan dos penggalak, demikian menurut beberapa pegawai farmasi yang ditemui.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang yang turut mengesahkan perkara itu berkata menerusi maklumat diterimanya, masalah kekurangan parasetamol terutamanya melibatkan cap dagang terkemuka itu tidak hanya berlaku di ibu negara, tetapi juga di beberapa negeri lain.
Jelasnya, perkara itu sudah berlaku sejak beberapa bulan lepas berikutan pembelian yang agak tinggi ketika musim pandemik COVID-19, selain mungkin turut berkaitan dengan isu logistik membabitkan pengilang dan pengedar bagi ubat berkenaan.
"Saya dapat info daripada rakan-rakan di seluruh negara, kekurangan ini sudah berlaku beberapa bulan, mungkin boleh dapatkan maklumat daripada syarikat berkaitan sama ada perkara ini berlaku di peringkat pengilangan atau pengedaran.
"Sebab semua yang terlibat dengan pembuatan sama ada melibatkan ramuan bahan, atau peringkat pembungkusan dan logistik akan mempengaruhi ketersediaan stok di seluruh negara," katanya.
Orang ramai dalam media sosial turut meluahkan kesukaran mendapatkan bekalan parasetamol antaranya pengguna Facebook Josepihine Joey yang menulis: "Kelmarin siang sampai petang tidak jumpa ubat paracetamol (parasetamol), sambung lagi cari di farmasi, kedai runcit dan supermarket (pasar raya) pun tiada, habis stok".
Pemilik akaun Twitter @fxizmiller pula dalam ciapannya menulis: "Apa kes susah sangat nak cari panadol actifast ni, jenuh pusing Bangi, Petaling Jaya dan Seremban masa balik kampung last week (minggu lepas), semua habis," katanya.
Perkara itu turut menyebabkan ada juga yang mengambil inisiatif membeli bekalan ubat berkenaan melalui aplikasi e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

Amrahi berkata, masalah kekurangan parasetamol tidak hanya berlaku di ibu negara, tetapi juga di beberapa negeri lain sejak beberapa bulan lepas berikutan pembelian yang agak tinggi ketika musim pandemik. - Gambar hiasan
Consider This: Sarawak (Part 1) - Native Status For Mixed-Parentage Children
A new legal amendment in Sarawak will come into force November 1st, which will allow children born of mixed parentage to apply to be recognised as a Native of Sarawak. This means, under the Interpretation (Amendment) Ordinance 2022, children of mixed marriages will potentially be able to own Native land and have Bumiputera/Pribumi status for entry into public universities. What implications may it hold for the people and communities of Sarawak? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Baru Bian, Secretary-General of Parti Sarawak Bersatu (PSB) and Assemblyperson for Ba'kelalan since April 2011.
AWANI Ringkas: Buat komen aib | Sekatan eksport beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR
Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 telah diiktiraf oleh MBOR sebagai saluran paip air berkembar selari terowong mikro terpanjang dan terdalam.

Autonomi PH Sabah harus dikekalkan - UPKO
Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah.

IMT-GT rekod nilai dagangan AS$727 bilion pada 2022 - Rafizi
Pertumbuhan Segitiga subwilayah Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) merekodkan nilai dagangan AS$727 bilion pada 2022 berbanding AS$618 bilion (AS$1=RM4.69) yang dicatatkan pada 2021.

Lebih 80 peratus pengguna pulih daripada gangguan bekalan air - PBAPP
Lebih 80 peratus pengguna telah pulih daripada gangguan bekalan air susulan insiden kekeruhan air mentah Sungai Muda, pagi tadi.

Sukan Asia: Muhammad Shah Firdaus raih gangsa keirin
Ini merupakan pingat gangsa kedua individu yang diraih pelumba kelahiran Johor itu, selepas melakukannya dalam acara pecut semalam.

Polis Pulau Pinang tahan 1,054 orang terlibat judi loteri haram
Polis Pulau Pinang menjalankan sebanyak 1,041 serbuan dan menahan 1,054 individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen sejak awal Januari hingga 27 Sept lepas.

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun, tiga PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 1,550 orang daripada 468 keluarga berbanding 1,908 orang daripada 576 keluarga, pagi tadi.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong permintaan domestik
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6930/6970 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7105 ketika ditutup pada Rabu.

Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan.

Bekalan parasetamol di rangkaian farmasi komuniti di Melaka masih mencukupi
Orang ramai diminta tidak membeli parasetamol melebihi keperluan bagi mengelak jenama lain turut mengalami gangguan bekalan.

Bekalan parasetamol dilapor kurang di farmasi, kedai serbaneka
Permintaan tinggi daripada pengguna lebih-lebih lagi ketika angka kes COVID-19 yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.