Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang memberi jaminan bekalan barangan keperluan di negeri ini mencukupi khususnya ketika musim perayaan Deepavali yang akan diraikan pada 18 Okt ini.
Timbalan Pengarah KPDNKK negeri Mohd Nor Musa berkata masalah kekurangan bekalan di Pulau Pinang jarang berlaku kerana pihaknya telah mengkaji keperluan bekalan pengguna sewaktu musim perayaan.
"Kami juga telah mendapatkan maklumat daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pihak-pihak berkaitan terutama pemborong bagi memastikan bekalan di Pulau Pinang sentiasa mencukupi.
"Sekiranya masalah tersebut berlaku pengguna boleh menghubungi terus talian bebas tol kami iaitu 1-800-886-800 untuk menyalurkan maklumat dan aduan terus kepada KPDNKK," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017, di sini pada Sabtu.
Sebanyak 16 jenis barangan antaranya ayam, telur ayam bergred, daging kambing tempatan dan import, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang, ubi kentang dan kacang dal disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Perayaan sempena sambutan Deepavali yang berkuat kuasa selama 10 hari bermula semalam hingga 22 Okt ini.
Mohd Nor berkata KPDNKK juga telah menentukan 16 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah skim itu dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan peniaga yang gagal mematuhi akan dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau berkata peniaga perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan dan menjual mengikut harga maksimum yang telah ditentukan kerajaan.
"Peniaga juga digalakkan untuk menjual barangan terkawal dengan lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah daripada harga maksimum dari pihak pemborong," katanya.
Katanya sepanjang skim itu berlangsung pegawai penguatkuasa KPDNKK akan sentiasa mengadakan pemantauan dan pemeriksaan di setiap lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar pagi, pasar tani serta pasaraya.
KPDNKK turut mendapat kerjasama daripada Skuad Pengguna, penghulu, ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama memantau dan menyebarkan maklumat skim itu bagi memberi kesedaran kepada pengguna, katanya.
"Tujuan utama kami adalah untuk menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah semasa musim perayaan dan antara langkah kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017
KPDNKK Pulau Pinang memberi jaminan bekalan barangan keperluan di negeri ini mencukupi khususnya ketika musim perayaan Deepavali.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.