awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
20/07/2023
06:22 MYT
Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Mohamad berkata perkembangan positif itu, merupakan hasil usaha kementeriannya di dalam memastikan bekalan telur dan ayam di pasaran sentiasa mencukupi, bagi menampung keperluan pengguna. - Gambar fail/BERNAMA
KLANG: Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata perkembangan positif itu, merupakan hasil usaha kementeriannya di dalam memastikan bekalan telur dan ayam di pasaran sentiasa mencukupi, bagi menampung keperluan pengguna.
"Sudah pulih (isu bekalan telur dan ayam), bahkan ada tempat harga ayam sudah mula turun. Jadi usaha gigih (kementerian) termasuk dialog dengan persatuan penternak, telah (membuahkan) berhasil.
"Kita harap tidak ada peperangan baharu dan sebagainya yang boleh menjejaskan import bijirin jagung dan soya, sebab kita tahu bijirin jagung kini di tahap permulaan penanamannya tetapi lambat lagi untuk mencukupi bekalan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Klang, di sini hari ini.
Mengulas mengenai bekalan beras di pasaran, Mohamad berkata bekalan beras negara mencukupi walau pun jumlahnya sedikit berkurangan.
"Saya ingatkan pengilang-pengilang supaya tidak menyimpan bekalan yang ada di premis masing-masing, stok yang ada mesti dikeluarkan sekarang supaya ada di pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan telur
#Mohamad Sabu
#bekalan ayam
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan