awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Air Putih bebas tuduhan cabul isteri kepada rakannya

Bernama
Bernama
19/02/2024
13:57 MYT
Bekas ADUN Air Putih bebas tuduhan cabul isteri kepada rakannya
Majistret Amalina Basirah Md Top memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan, gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Wan Ahmad Nizam, di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, daripada pertuduhan mencabul isteri kepada rakannya, empat tahun lepas.
Majistret Amalina Basirah Md Top memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan, gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Wan Ahmad Nizam, 58, di akhir kes pendakwaan.
"Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil untuk membela diri," katanya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, manakala Wan Ahmad Nizam diwakili Peguam Haijan Omar, Nik Zarith Nik Moustpha dan Asyraf Abu Bakar Hamzah.
Perbicaraan kes itu bermula 5 Okt 2022, dengan seramai tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan.
Pada 29 Jun 2021, Wan Ahmad Nizam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berumur 51 tahun itu, dengan maksud mencabul kehormatannya, di dalam sebuah ruang bersebelahan bilik tidur utama di sebuah kediaman di Taman Bukit Melawati, antara 1 pagi hingga 5 pagi, 20 Julai hingga 15 Ogos 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#hukuman penjara
#saksi pendakwaan
#pertuduhan mencabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan