KOTA BHARU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Wan Ismail Wan Jusoh, 66, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, pada kira-kira 12.20 tengah hari ini, akibat dijangkiti COVID-19.
Isteri keduanya, Siti Madinah Ilyas Khan, 59, berkata Wan Ismail disahkan positif COVID-19 pada 7 Ogos lepas dan dimasukkan ke wad biasa hospital berkenaan.
"Kemudian arwah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 15 Ogos lepas. Arwah juga sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, Allahyarham suaminya itu juga seorang penghidap penyakit kencing manis dan telah ditidurkan di ICU pada Isnin lepas.
"Kami sekeluarga turut dijangkiti COVID-19 kategori satu dan menjalani kuarantin di rumah di Telipot. Begitu juga keluarga di Melor turut dijangkiti," tambahnya.
Menurut Siti Madinah, jenazah Allhyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Keranji, Melor dekat sini, pada 5.30 petang selepas solat Asar hari ini.
Allahyarham meninggalkan dua isteri, Nurizam Yusoff, 60, dan Siti Madinah serta 14 anak termasuk tiga anak tiri.
Wan Ismail yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, pernah menjadi ADUN Melor selama dua penggal iaitu pada 1999-2004 dan 2008-2013.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham melalui hantaran di akaun rasmi Facebook beliau.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Jenazah Allhyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Keranji, Melor pada jam 5.30 petang selepas solat Asar hari ini. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Bekas ADUN Melor meninggal dunia akibat COVID-19
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, pada kira-kira 12.20 tengah hari ini, akibat COVID-19.