JOHOR BAHRU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas daripada Bersatu Datuk Che Zakaria Mohd Salleh hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), mulai hari ini.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata keputusan itu diambil tanpa paksaan sesiapa serta dibuat secara teliti dan setelah mengkaji selama lima bulan parti yang mahu disertainya.
"Bila saya lihat Parti Amanah ini parti yang tiada birokrasi dan tiada masalah daripada segi pemimpin, jadi itu sebab saya memilih Amanah untuk saya bantu dalam pilihan raya akan datang," kata beliau kepada pemberita selepas Konvensyen Amanah Johor 2022 di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menerima borang pendaftaran daripada Che Zakaria berkata parti itu menyambut baik keputusan individu berkenaan menyertai parti itu yang bukan untuk kerusi dan bertanding tetapi sebagai wadah baharu perjuangan.
"Amanah negeri akan fikirkan peranan yang akan dibawa oleh Che Zakaria dan kita terima kemasukan dengan senang hati," katanya.
Che Zakaria memenangi kerusi N43 itu dalam pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, sekali gus menewaskan penyandang kerusi berkenaan yang juga bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas daripada Bersatu Datuk Che Zakaria Mohd Salleh hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). - Gambar fail/BERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Bekas ADUN Permas keluar Bersatu, sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas daripada Bersatu Datuk Che Zakaria Mohd Salleh hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).