awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
Penubuhan Ombudsman bakal perkukuh tadbir urus, skor CPI negara - Pengerusi EAIC
Orang ramai diminta tampil bantu siasatan kes bunuh di Klang Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ahli NGO didakwa terima rasuah lebih RM36,000 janji gelaran Datuk Seri

Bernama
Bernama
20/01/2026
13:30 MYT
Bekas ahli NGO didakwa terima rasuah lebih RM36,000 janji gelaran Datuk Seri
Nurtfateha juga didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM8,825 antara 28 Dis 2022 hingga 2 Nov 2023, melalui transaksi dalam talian daripada akaun bank peribadi individu sama ke dalam akaun bank miliknya. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang bekas ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang juga jurugambar persendirian, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan janji penganugerahan gelaran Datuk Seri.

Ringkasan AI
  • Bekas ahli NGO didakwa menerima rasuah RM36,824.50 serta memalsukan dokumen penganugerahan gelaran Datuk Seri.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membacakan pertuduhan di Hospital Besar Melaka atas keadaan wanita itu yang sedang rawatan.
  • Nurfateha mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan pada 23 Feb 2026; dihantar ke Hospital Psikiatri untuk pemerhatian.

Nurfateha Othman, 44, berdepan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM36,824.50 serta satu pertuduhan memalsukan dokumen sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka, kira-kira tiga tahun lepas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan pertuduhan dibacakan di Hospital Besar Melaka, selepas mahkamah membenarkan prosiding dijalankan di hospital berkenaan kerana wanita itu sedang menerima rawatan dan dimasukkan ke dalam wad.
"Tertuduh didakwa menerima wang rasuah daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan untuk menjanjikan penganugerahan gelaran berkenaan, sedangkan tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikannya," menurut kenyataan itu.
Nurfateha didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM25,559.50 antara 23 Nov 2022 hingga 23 Nov 2023, melalui transaksi dalam talian daripada akaun bank milik syarikat isteri kepada ahli perniagaan berkenaan.
Wanita itu turut didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM2,440 antara 13 Dis 2022 hingga 1 Jun 2023, melalui transaksi dalam talian daripada akaun bank peribadi milik isteri ahli perniagaan itu.
Nurtfateha juga didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM8,825 antara 28 Dis 2022 hingga 2 Nov 2023, melalui transaksi dalam talian daripada akaun bank peribadi individu sama ke dalam akaun bank miliknya.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Melaka dan wanita itu didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Selain itu, Nurfateha turut berdepan pertuduhan keempat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana didakwa pada September 2023 telah memberikan dokumen palsu kepada ahli perniagaan terbabit.
Dokumen berkenaan ialah Surat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka 2023, sedangkan tiada sebarang pengurniaan sebenar dibuat.
Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda bagi pertuduhan tersebut.
Bagaimanapun Nurfateha mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa'ari, manakala wanita itu tidak diwakili peguam.
SPRM memaklumkan Hakim Elesabet Paya Wan memerintahkan wanita itu dihantar ke Hospital Psikiatri bagi tujuan pemerhatian, serta mendapatkan perakuan bertulis mengenai keadaannya.
"Tertuduh tidak ditawarkan jamin dan mahkamah menetapkan 23 Feb 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#transaksi dalam talian
#SPRM
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan